Misi Mencari Bulan.. Nampak Di Langit Tak Muncul Di Teleskop :p

The Ilhams Learning Phase

Alkisahnya sebahagian rezeki blogging Ummi bulan lepas Ummi laburkan membeli teleskop berbajet murah untuk The Ilhams memandangkan diorang menunjuk minat mendalam pada bulan eceeehhh. Setelah mendapatkan khidmat nasihat daripada founder Johor Astronomy Club (JAC) Uncle Nazam, Ummi pun membeli UNCORE Astronomical Telescope HD Monocular Refractor Night Sight Telescope Silver berharga RM86.99. Murah-murah je.

Image result for SUNCORE Astronomical Telescope HD Monocular Refractor Night Sight Telescope Silver


Pakej termasuk:

1 x Astronomical Telescope
1 x Tripod
1 x Cleaning cloth
1 x Storage bag
2 x Lens Covers
1 x Manual

Teleskop yang dinanti dah sampai dua hari lepas, tapi malam tu hujan jadi tak dapatlah nak try. Malam tadi balik dari media preview Ramadhan Buffet Ummi Babah gagahkan juga melayan The Ilhams nak tengok bulan.

Oleh kerana bulan terpacak tegak ke atas, maka Babah kena la adjust nak bagi nampak hahaha. Kelasssssskan sampai atas kereta tu ha hahaha betul-betul amatur. Sebenarnya ada bawa meja kecil juga keluar hehehe. Ummi tukang snap gambar je nampaknya ekeke. Sambil-sambil tu bertanya dengan Uncle Nazam hahaha. Sempat juga Babah bebelkan Ummi sebab beli teleskop murah hahaha. Dia kata macam teleskop mainan dengan tripod pendek hahaha. Cissss. Meh la belanja teleskop mahal Babah oiii hehehe.

Kesian The Ilhams menanti dengan penuh sabar sambil membebel juga. Uncle Nazam suruh Babah adjust lensenya. Sudahnya Babah pun tak jumpa bayang bulan dalam teleskop hahaha. Tengah-tengah adjust Mommy Ngah datang hahaha. Akhirnya malam tadi kami surrender, sambung je la hari ni ya anak-anak. Biar Babah adjust dulu teleskop tu. Nasiblah boleh nampak juga bulan guna mata kasar ni, kalau tak muncung Syamil hahahaha. Orang semua dah berkurung dalam rumah kami empat beranak memekak kat jalan hehehe. Sorry jiran tetangga, kami ada kelas astronomi malam tadi anak beranak hahaha.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!