The Ilhams Ronda-ronda Mr. DIY GP Sentral

Family's Activity

20180211_191614[1]

Dua minggu lepas kami baru berkesempatan melawat kawasan. Ecehhhhh.. Kak Long kawasan haruslah melawat favourite place dia yang baru ni. Mana lagi kalau bukan Mr. DIY GP Sentral. Buat pertama kali juga Ummi sebagai orang Gelang Patah, meronda kawasan GP Sentral tu hahaha.

20180211_191539

Alasan kukuh Ummi berikan pada Babah ialah nak cari birthday present Fayyad. Walaupun Ummi tahu risiko TERbeli barang lain sangat besar. Lagi-lagi risiko di pow oleh The Ilhams. Silap-silap harga birthday present Fayyad lagi murah dari abang dua orang ni. Mula-mula masuk MR. DIY dah rasa teruja sangat memang antara yang terbesar la.

20180211_183816

Kalau maknya teruja, apa lagi anak-anaknya.

20180211_183855

Dengan konfidennya diorang terus tuju tempat toys. Haippppp. Abang Ilham acah-acah baik hati nak tolong Ummi carikan hadah Fayyad. Padahal dalam masa yang sama dia cekut mainan untuk dia.. Cisss bertuah.

20180211_18392420180211_183931

Ini antara area-area yang sempat Ummi snap la. Sebab Ummi pun dah tak tahu nak masuk lorong mana hahaha. Sebab kalau silap masuk lorong nanti perangkap diri sendiri TER.. TERcekut benda yang tak penting hahaha.

20180211_190241

Abang Ilham memujuk rayu Ummi suruh belikan rak plastik ni. Alasan terbaik dia, nak letak lego nanti tak bersepah dan senang nak bawa kemana-mana. Belum apa-apa cadangan Ilham tu dah kena caras dengan Babah hahaha. Sudahnya Babah belikan je diorang sorang satu tool box yang murah untuk bubuh lego dan mainan kecil-kecil memasing. Settled! Lagi lama berkeliaran lagi haru biru hahaha.

20180211_190730

Ok Job Vacancy di Mr. DIY. Silalah apply kalau korang berminat nak bekerja dengan Mr. DIY seluruh Malaysia. Boleh call nombor tertera. Jangan call Ummi atau komen kat post ni saya nak kerja dengan Mr. DIY ya hehehe.

20180211_194106

Sampai rumah, operasi menggeledah mainan baru.

20180211_194352

Abang Ilham dengan Tabletop Shoot Activate dan Syamil dengan senapang dia siap bertopi. Babah kena kerah layan diorang hahaha.

20180211_194819

Itu tool box sorang satu dengan harapan tak berebut. Adik yang maroon, abang yang biru. Mula-mula Ummi pilih yang harga belas-belas ringgit, sekali Babah ronda lagi jumpa yang RM4.90. Wow! Jimat duit hahaha. Jadi korang boleh la belikan anak-anak tool box murah ni untuk simpan mainan kecil-kecil. Jadi tak makan hati sangat kalau terpijak kat lantai. Yang kanan tu la birthday present untuk Fayyad. Mentol tu Babah beli untuk ganti mentol kat rumah yang terbakar hehehe.

Itu saja laporan Kak Long kawasan yang melawat Mr. DIY GP Sentral. Orang Gelang Patah yang masih belum berkunjung ke sana boleh la buat lawatan sambil belajar ya. TERbeli itu ini jangan salahkan Ummi. Sila kawal diri dan poket memasing ok. Bai!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!