Birthday celebration Tok Ayah yang diperap hampir 4 bulan hahaha. Birthday Tok Ayah 10 Oktober 2017. Memang kena kecam la kejap lagi dengan Mommy Ngah, Nenek dan Mama Cu. Busy sangat tak sempat nak mengarang entri. Sampai terlupa nama menu hahaha.
Ikut plan Mama Cu selaku sponsor besar majlis anak beranak ni, kami celebrate birthday Tok Ayah di Skyview Cafe, Amerin Boutique Hotel di Taman Perling. Hotel baru, memang tak pernah pergi pun. Kek tu Ummi yang sponsor. Flavour kek pun ikut tekak Ummi kahkahkah. Durian cheese cake Ummi beli dari Secret Recipe. Pada permukaan kek tu kalau korang perasan tertulis 56th birthday.. padahal Tok Ayah celebrate 58th birthday hahaha. Ummi TERbagi diskaun umur 2 tahun.
Ehhhh kemain diorang..
The Ilhams.. masa ni tengah ligat berlari mengelilingi kolam.. seram Ummi.
Parsley butter steak
(Char- broiled 250gm sirloin steak to perfectionserved with carrot puree, sous vide spring vegetable, and parsley butter)
Pasta Marinara
(Sautéed with assorted mix seafood,basil and classic tomato sauce)
Chicken Bolognese
(Italian meat based sauce served with pasta)
Fish and Chips
(Crispy battered butter fish fillet fried till golden brown served with fries, mixed greens and tartar sauce)
Grilled beef burger
(Tender and juicy chicken/beef/lamb patties on toasted sesame or Charcoal bun with melted cheese, lettuce, tomatoes, cucumber, sautéed mushroom and caramelized onion)
Godeh-godeh tak jumpa mana gambar-gambar lain ghaib hahaha sorry uolls. Thanks Mama Cu belanja makan sempena birthday Tok Ayah. Overall, makanan sedap dan menyelerakan hehehe. Suasana santai sambil di tiup angin bayu dari roof top. Sambil makan borak-borak sambil didendangkan lagu-lagu dari live band jemputan. Pasangan (halal) yang inginkan suasana romantik boleh la dating kat sini hehehe. Krang yangnak buat birthday event ke apa kat sini bolehlah book awal ya, nanti person in-charge akan bagi menu sesiap untuk korang pilih sebelum ke sana. Boleh refer detail kat bawah ya:
AMERIN BOUTIQUE HOTEL
35, Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
+607 233 0333
+607 233 0332
sales@amerinhotel.com.my
reservation@amerinhotel.com.my