Ngeteh Empat Beranak

Quality Time With Ilham

Aktiviti selepas kami meronda Leisure Farm, adalah aktiviti mengeteh empat beranak. Ilham tanya Ummi, “Ummi ngeteh tu apa?” Ummi jawab.. “Oooo.. ngeteh tu minum air teh sambil makan posang goreng” hehehe. Betullah kan jawapan Ummi tu.

Lokasi kami mengeteh adalah di warung anak Pak Meon Kg. Tiram Duku. Sorrylah bang, saya tak tahu nama warung abang ni apa hehehe. Tapi saya kenal la keluarga abang ni hehe. Selalu juga tapau pisang goreng, keropok lekor untuk makan petang di office hehe.

20171105_175051

Apa kami makan empat beranak? Ni haaaa.. jemput-jemput pisang, pisang goreng. Abang Ilham duk meratah tepung garing. Itu je yang dia makan tambahan air teh o ais. Ummi suka posang goreng dan keropok lekor kat sini. Sos dan sambal kicap pun sedap, pekat tak cair. Sesetengah orang berniaga kemain cair lagi sambal kicapnya tu.

20171105_175645

Tengok budak tu buat perangai. Siap request nak tapau tepung krup krap tu hehe.

20171105_175654

Adik juga yang syok bedal jemput-jemput pisang. Adik ni memang tak memilih sangat tang makan. Dia redho je makanan depan mata hehe. Kekadang jek la ada dia tolak makanan. Ye lah, lain anak lain ragam dan kerenahnya kan. Lepas ngeteh ikutkan Babah ajak balik rumah. Tapi Abang Ilham merengek ak pergi Forest City. Jadi Ummi Babah layankan jek lah. To be continued! 😉

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!