DDHN – Menu of The Day 181017

18/10/2017

Kalau korang ada terbaca entri INI mesti korang boleh agak kenapa Ummi masak menu ni hari ni ekeke. Sempena yenibeseri Ummi dan Babah hari ni, Ummi nak belanja The Ilhams makan nasi minyak Ummi Babah. Sebab Abang Ilham pernah membebel kata dia tak pernah pun makan nasi pengantin Ummi dan Babah hahaha.

Jadi hari ni gigih Ummi bersilat kat dapur nak buat nasi minyak. Nak mengembalikan memori daun pisang masa Ummi Babah makan berdamai besuap-suap 9 tahun yang lepas. Oleh kerana ini pertama kali Ummi masak nasi minyak, jadi Ummi follow resepi Kak Azlita Masam Manis.

Taraaaaa.. inilah Nasi Minyak versi Ummi Ilhams. Ummi akan share step by step dalam entri akan datang ya. Seriau juga takut tak jadi. Alhamdulillah elok kejadiannya, walaupun Babah tersalah beli pewarna hahaha. Nasib ada pewarna kuning kat rumah.

Lauk tak lah meriah macam di rumah pengantin. Cukuplah dua jenis lauk. Sebab nak tunaikan janji masak Ayam Masak Merah tu ha.

Lauk utama, Ayam Masak Merah.

Lauk kedua, Acar Mentah atau Acar Timun & Nenas. Nanti Ummi share resepi acar simple ni ya.

Bila dah digabungkan dalam pinggan, beginilah rupanya. Ehhhh tak sangka Ummi pandai masak nasi minyak ekekeke. Tetiba lapar semula weh haha. Oleh kerana pertama kali masak, Ummi ikut la lurus bendul 3 cawan beras basmathi je. Sekali Babah buka periuk kata kenapa masak sikit daaaa haha. Ummi takut tak menjadi tu yang tak berani masak banyak. Lupa pula anak-anak memang suka gila nasi pengantin ni. Kekonon petang ni nak masak lagi la satu round memandangkan ada lagi lauk-lauk. Sekali Babah kata dia nak belanja makan luar la ngeh ngeh ngeh. Jadi beras basmathi duduk dediam ya kat dapur nanti Ummi bagaikan awak masak lain kali hehehe.

So kemana kita malam ni? hehehe.

Share this nice post:

2 Comments

  • kisahsidairy

    19/10/2017 at 8:36 am

    wah….seronok the ilhams kan dapat makan nasi minyak umi dan babah…heheheh

    1. Hernee Nazir

      20/10/2017 at 5:23 pm

      hahaha seronok sesangat tu..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: