DDHN – Sotong Goreng Tepung Dengan Tepung Goreng Serbaguna Bestari

29/09/2017

Mangsa seterusnya yang telah ditepung bestarikan oleh Ummi Ilhams ialah sotong. Semua dah ko nak bestarikan Hernee oiiii hahaha. Mak-mak kena berfikir diluar kotak cekonon hahaha. Luar kotak sangat ni. Jangan minggu ni Ummi goreng ikan bilis guna tepung bestari sudah.

Sejak Ilham suka makan sotong king Mak Teh, dia memang suka request nak “kaki sotong” macam Mak Teh. Manalah Ummi ada bahan-bahan Mak Teh tu nak oi. Jadi sebagai alternatifnya, Ummi guna tepung bestari. Bestari tak Ummi? hahaha.

Basuh sotong bersih-bersih.

Masukkan tepung ikut anggaran sendiri je. Pepandailah korang agak-agak. Tambah air.

Ok gaulkan sotong dan biar dalam beberapa minit. Lepas tu tuang tepung lain ke dalam pinggang dan gaulkan semula sebelum menggoreng.

Nampak tak Ummi tengah menggoreng dalam minyak yang panas tu hehehe.

Taraaaaa.. siap dah sepinggan. Tapi Ilham bedal kepala sotong je. Lain-lain Ummi Babah kena makan. Ummi pakai tepung bestari yang pedas. Jadi ada la iras-iras sotong king pedas Mak Teh hahaha.

Tips masak sotong: 

Masak sotong jangan lama-lama tau. Kalau suhu panas sangat cukup masak dalam 1-3 minit. Kalau lama-lama nanti sotong korang jadi keras macam tayar goodyear kahkahkah.

Ok korang, selamat membestarikan sotong korang ya. Babai!

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: