Selamat Pengantin Baru Zahid & Bella – 23 Sept 2017

Selamat Pengantin Baru Zahid & Bella – 23 Sept 2017

Cerita Sabtu, selepas kami menonton The Lego Ninjago Movie, kami bergegas ke Dewan Sekolah Agama Kangkar Pulai untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Ummi. Cerita tengok movie tu Ummi skip dulu ya. Insha Allah malam kalau Ummi tak tidur awal ada la entri yang muncul hehehehe.

Pengantin dah sampai. Masa ni Ummi dan anak-anak dah siap makan.

Pengapit pun sepupu sepapat kami juga hehehe. Mak andamnya Mama Cu.

Meriah kompang orang Kangkar Pulai.

Pelamin pun cantik.

Zoom dekat sikit muka pengantin. Sepupu Ummi yang lelaki, Zahid wifenya Bella.

Sempatlah snap gambar dengan makcik-makcik. Almaklumlah anak dah menarik baju ajak balik hahaha.

Syamil tu monyok je. Dah tak sabar nak balik. Dia tanya Ummi “Bila nak siap?” Maksud tersiratnya bila nak habis majlis ni boleh la ktia balik hehehe.

Sempat juga Ummi wefie dengan Iffah. Aduhaiii nak nangis tengok muka Ummi yang lebar tu.

Sebelum kami mengundurkan diri, sempatlah Ummi suruh Babah snap gambar Ummi dan Syamil. Malas nak ajak Abang Ilham, nanti lagi lambat jawabnya hehehe. Tak boleh nak lengah sebab petang Babah ada training volleyball.

Untuk Aid dan Bella, selamat pengantin baru. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah. Selamat melayari alam perkahwinan semoga tabah mengahadapi segala ujian.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: