Mousepad & Coaster Dari Printcious Dah Sampai!

Products Review

Yuhuuuuu.. yang dinanti dah sampai dah.

Semalam Ummi terima parcel dari Ninja Van, memang dah tahu dah apa yang sampai tu hehe. Mestilah barang-barang yang Ummi order dari PRINTCIOUS kan. Siapkan kerja rumah, masak segala bagai barulah Ummi menatap kotak Printcious yang comel ni.

Ok sebelum tu Ummi nak share, betapa mudahnya nak pilih customize produk-produk pilihan korang ni di Printcious.

PRINTCIOUS COASTER1.jpg

Untuk pilihan coasters, korang ada dua pilihan nak bentuk empat segi atau bulat. Ok Ummi pilih yang bulat.

PRINTCIOUS COASTER

Next korang boleh pilih nak design sendiri atau korang nak guna design sedia ada. Memang rambang mata, dan akhirnya Ummi pilih

Wave With Stripe Coaster.  Ummi pilih design yang ada. Lepas tu, edit la sikit-sikit bubuh link blog dan quotes.

Taraaaaaaaaa.. cantik coaster Ummi?

Wave With Stripe Coaster

Mula-mula plan nak belikan untuk Babah, tapi Ummi ketamakan bila nampak ada design comel dan simple ni. Ummi rasa coaster ni sesuai untuk Ummi sebab Ummi dah edit colour pink hahaha.

Coaster ni bersaiz 10cm x 10cm, diperbuat dari getah dan kain dengan ketebalan 2.4cm. Konfem meja korang tak calar punya sebab getahnya tebal.

PRINTCIOUS MOUSEPAD.jpg

Untuk mousepad pula, Ummi memilih bentuk empat segi.

PRINTCIOUS MOUSEPAD1.jpg

Sama seperti coasters, korang boleh design sendiri atau pilih design yang sedia ada. Setelah puas memilih, Ummi pilih Chirp Chirp Frame Mousepad . Lepas tu Ummi edit masukkan gambar kenangan kami sekeluarga ke Bandung tahun lepas. Tambah url blog dan tulisan di bawah gambar tu.

Hasilnya.. Taraaaaaaa..

Chirp Chirp Frame Mousepad 

Cantik tak? Ilham kata “cantiklah Ummi. Macamana Ummi boleh masukkan gambar kita kat sini?” Hahahaha.. gelak Ummi dengar.

Produknya sangat berkualiti. Macamana warna dari gambar asal macam tu lah hasilnya pada mousepad tu. Mousepad ni bersaiz 22cm x 18cm dengan tebal 3mm. Memang tak licin dan yang pasti melindung mouse dari tercalar.

Hari ni Ummi dah test dah bawa ke office. Jom tengok mousepad dan coasters dah mula berkhidmat hehehe.

Jeng.. jeng.. jeng.. berseri nampaknya tepi meja Ummi ekeke. Cantik la mousepad ni. Dah la warna pink kegemaran Ummi hehe. Rasa anak-anak dan Babah pandang Ummi buat kerja lah hehe.

Nahhhh satu lagi. Coaster dah berjaya digunakan pagi ni. Serious comel dua-dua produk ni. Masa penghantaran pun tak lah ambil masa yang terlalu lama. Memang puas hati. Lepas ni Ummi nak beli bantal dan mousepad & coaster untuk Babah di office ecehhh.

Korang kalau nak cari hadiah ke, nak guna untuk diri sendiri ke korang boleh la jengah website PRINTCIOUS ya.

Up to 30% Off        Malaysia Day         Ends on 16 Sep 2017         

Sempena Hari Malaysia korang boleh dapat diskaun sehingga 30%. Apa tunggu lagi design ikut citarasa korang pasti puas hatu dengan perkhidmatan PRINTCIOUS.

Related Posts

One thought on “Mousepad & Coaster Dari Printcious Dah Sampai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!