Cerita Budak Si Syamil

Cerita malam tadi. Ummi Babah bawa Syamil ke klinik memandangkan bunyi nafas dia agak kasar. Balik dari Legoland malamnya tu dia demam dan hidung berair. Bagi uabt demam alhamdulillah kebah tapi saluran pernafasan agak sempit. Macam yang pernah Ummi ceritakan, Syamil memang ada masalah sikit pada saluran pernafasan.

wp-image--363494779

Kami ke Polyclinic My Family di Bukit Indah. Nak ke Poliklinik Puteri & Surgeri tutup pula. Jadi kami terus ke klinik ni yang buka 24 hours. Better than ke Poliklinik Penawar Gelang Patah yang tak berapa nak efficient baik staff mahupun doktor. Sorry to say, that’s the truth. Ramai yang dah terkena.

Sebelum jumpa doktor muka budak cenonit ni kejap muka cuak, kejap muka gembira. Dapat bertenggek atas pikachu ni senyum. Bila nampak bilik doktor terbuka eh nangis pula hehe. Lepas tu dia melayan perasaan tengok ikan dalam akuarium.

wp-image-1773371815

Masuk jumpa Dr. Lim. First time jumpa Dr. Lim ni. Sebelum ni dua kali ke sini dapat doktor ganti. Wahhh friendly Dr. Lim ni. Mesra kanak-kanak walaupun kanak-kanak yang dia check ni meraung hahaha. Dr. Lim kata kena sedut gas (nebulizer) juga sebab banyak lendir pada paru-paru. Redho je la mamat tu sambil meraung. Ummi pun bagitahu doktor history Syamil. Buat masa 2 3 hari ni doktor kata jangan bawa dia ke tempat orang ramai. Immune system dia tengah lemah. Doktor bagi ubat demam, batuk, selsema, antibiotik dan singular untuk paru-paru. Harap lepas ni Syamil ok ye dik.

Korang yang nak tercari-cari klinik 24 jam sekitar Bukit Indah boleh la ke sini. So far doktor-doktornya ok, cuma Ummi ada baca review yang nurse agak kurang mesra alam sikit.

POLYCLINIC MY FAMILY – 24 HOURS

Address22, Jalan Indah 8/15, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Hours

Open today · Open 24 hours

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!