Menu of The Day – 030917

03/09/2017

Menu hari ini, tak banyak pun tiga jenis je. Harap bertahan sampai ke petang.

Menu pertama, Abang Ilham asyik merengek nak ayam red sebab Ummi dah lama tak masak ayam red hahaha. Hari ni Ummi tunaikan. Tak pernah tak puji masakan Ummi walaupun tak sedap mana. Thanks Ilham tahu erti menghargai.

Menu kedua, malas nak masak sayur hijau jadi Ummi masak kentang masak kicap. Menu kegemaran Ummi dan ex-housemate masa study dulu hehe. Potong kentang nipis-nipis dan goreng. Potong mayang lada merah, bawang besar dan bawang putih tumis. Ikan bilis goreng garing. Masukkan kicap manis dan last sekali masukkan kentang. Siap!

Menu ketiga, bila tekak Ummi terasa nak makan steamboat kuah tomyam masaklah bahan-bahan steamboat yang ada bubuh pes tomyam Nona. Lebur dalam periuk atas dapur je malas nak hidupkan induction cooker. Malas juga nak buat sos steamboat ala johhny’s Ummi buat sambal kicap je. Itu pun dah cukup sedap.

Itu je la yang mampu dimasak untuk isi perut yang lapar. Korang masak apa?

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: