Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 60

31/08/2017

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 60 dari kami sekeluarga. Semoga negara Malaysia sentiasa di bawah jagaan Ilahi.

Malam tadi sempat bawa The Ilhams tengok bunga api di Puteri Harbour. Kami sampai dalam 11.30pm. Ronda-ronda bazaar sekejap sambil tunggu detik 12am. Abang Ilham nak bergambar kat wall ni. Nak ajak dia tulis dah tak ada ruang.

Orang kus semangat ramai. Lagi-lagi yang duk terkinja-kinja depan stage tu. Serabut otak haihhhh.

Syamil tu terus tak nak jalan. Nak dukung je sepanjang kat sana.

Tepat jam 12am bersepai-sepaulah bunga api kat udara. Abang Ilham excited tengok. Pertama kali tunggu bunga api di ambang merdeka. Jangan kata The Ilhams je, Ummi Babah yang dah tua ni pun tak pernah pergi sepanjang hidup haha.

Lepas habis je bunga api kami pun balik la. Total masa terbuang 45 minit. Sebelum Abang ilham lagi bertambah merengek nak beli mainan marilah kita beransur. Next year kalau nak tengok bunga api tak payah turun pun tak apa. Kita stay kat tepi jalan dah nampak dah bunga apinya hehe. Nasib baik kitorang parking kat bawah Hotel Jen tak la jauh nak berjalan kaki. Kalau tak haru juga nak parking jauh.

Ok lah, nak balik Parissssa Jabar ni. Turn raya Aidiladha kat sana. Selamat balik kampung uolls.

Share this nice post:

2 Comments

  • Maria Firdz

    31/08/2017 at 4:27 pm

    Selamat hari merdeka.. Dan selamat hari raya Aidil Adha

    1. Hernee Nazir

      06/09/2017 at 4:34 pm

      selamat merdeka n hari raya haji ya maria..sorry lambat respon..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: