Tuesday’s Lunch – Nasi Ayam Penyet Kg. Pekajang

29/08/2017

Ceritanya hari-hari terakhir berkerja sebelum cuti panjang ni, Ummi akan lunch dengan makcik dua orang ni la. Hari ni kami makan Nasi Ayam Penyet, kedai di Kg. Pekajang. Alaaa dekat je dengan simpang empat nak ke PTP tu. Nama kedai Ummi tak tahu, tapi dah dua tiga kali juga Babah ajak ke sini lunch hour. Eh tadi Ummi lupa ajak Babah. Ampun hehehe.

Para sohabat hahaha.

Sementara menanti makanan. Semua order yang sama Nasi Ayam Penyet senang pekerja kedai ni nak sediakan hahaha.

Air pun order satu jug. Walaupun asalnya setiap sorang nak air ikut tekak sendiri. Semua redho ikut tekak Eqa nak teh o ais laici.

Nahhh makanan dah sampai. Senyap memasing dapat sepinggan Nasi Ayam Penyet. Ummi pilih bahagian drumstick & tigh.

Kuak sikit ayam baru nampak sambal. Overall not bad la. Ummi ni bukanlah peminat Nasi Ayam Penyet. Serious dulu memang tak pernah pun teringin nak makan. Walaupun bukan favourite tapi still boleh layan lagi. Jadi Ummi ni tak tahu tahap kesedapan Nasi Ayam Penyet tu macamana hahaha. Yang ni rasa ok la sedap je. Total makan sorang RM10 beserta air teh o ais laici share 6 orang haha. Exact price untuk Nasi Ayam Penyet tak pasti berapa lupa nak tanya.

Korang yang kerja area PTP, dah buntu nak makan kat mana boleh la try kat sini. Dulu pernah makan mee goreng dia pun sodap. Esok kita makan boat noodle pula hehehe.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: