Memandangkan Watson tengah ada sales, jadi Ummi tak melepaskan peluang membeli belah. Cehhh.. tak adalah membeli belah beriya sangat pun. Memang nak mencari scrub untuk muka. Selebihnya tambahan belian facial mask hehehe.
Tengok tu apa yang Ummi grab dari Watson. Ada St.Ives Apricot Scrub, Hydro Soothing Cucumber Pads dan Watson Facial Mask.
St.Ives Apricot Scrub tu memang pilihan sejak anak dara lagi. Memang best pakai jenama ni. Lepas scrub terasa muka segar dan halus mulus gitu hehe. Harga satu tiub RM16.91 after less.
Watson Facial Mask ni berharga RM6.90. Dah lama tak pakai mask. Inilah masa nak memanjakan kulit muka.
Sila jangam cabut lari. Ini Ummi Ilhams bukan perampok yang bertopeng hahaha. Kasi can lah. Jangan la kecam. Bagilah peluang Ummi menghabiskan sisa-sia “me time” ni sebelum start kerja next week. Susah tau mak-mak ni nak dapat me time macam ni.
Lepas pakai mask rasa fuhhh ringan kulit muka. Facial mask bagus untuk menegangkan kulit muka, untuk mengurangkan masalah white head dan black head. Kalau anak-anak ada time ni memang pecut lari tengok Ummi rupa gini hahaha.
Next kita manjakan mata kita pula ya menggunakan Hydro Soothing Cucumber Pads. Satu pack ada 10 sheets berharga RM8.20. Plastiknya yang ada function zip and unzip memudahkan kita untuk menyimpan semula baki sheets yang ada. Dah keluarkan 2 sheets boleh zip semula.
Ini rupa cucumber pads nya.
Tepek kat mata korang kiri dan kanan dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Mata rasa sangat relax, rasa sejuk je. Bagus untuk hilangkan kedut-kedut di sekitar mata, eye bag dan juga masalah mata panda mak-mak hehe.
Yeayyyy! Misi memanjakan muka Ummi dah settled. Insha Allah akan maintain memanjakan kulit muka ni memandangkan umur makin dimamah usia ecehhhh.
Ok itu saja nak share. Sebab korang mesti lagi terer bab penjagaan kulit muka ni kan. Kalau ada tips dan petua best jangan lupa share ya. Babai!
p/s harap Uncle Zam dan Geng Jumaat tak kecam gambar di atas. Sebelum kena block! hahahaha.
Hampir tiap2 hari akak lalu Watsons sbb dkt betul dgn ofis. Akak rasa nak try cucumber pads tu laa….
hehehe cubalah..best je mata lepas guna..
Pingback: St. Ives Oatmeal Scrub & Mask Kebaikan 2 Dalam 1 - herneenazir.com