St. Ives Oatmeal Scrub & Mask Kebaikan 2 Dalam 1

Products Review

Assalamualaikum semua..

Ummi muncul semula setelah tenggelam timbul. Ini pun tak pasti la berapa lama timbulnya hehehe. Kalau korang pernah baca Ummi pernah post satu entri tentang scrub kegemaran Ummi. Of course dari jenama St. Ives, memang sejak anak dara dan dari zaman study Ummi suka betul dengan St.Ives Apricot Scrub. Rasa banyak-banyak scrub St. Ives juga yang paling best.

Sebenar-benarnya lagi la kan. Ummi nak kongsikan dengan korang, yang Ummi dah pun mencuba St. Ives Oatmeal Scrub & Mask ni. Selama ni setia sangat dengan apricot sekarang macam dah berpaling tadah dengan  oatmeal hehehe.

St. Ives Oatmeal Scrub & Mask ada fungsi 2 dalam 1. Korang boleh guna sebagai scrub dan juga mask. Haaaa dah menjimatkan di situ hehe. Mengandungi bahan-bahan semulajadi iaitu oatmeal, walnut shell powder dan honey extract. Fungsi scrub mampu menanggalkan kulit mati manakala fungsi mask mampu melembapkan kulit secara semulajadi. Best ke best? St. Ives Oatmeal Scrub & Mask sesuai dipakai 3 hingga 4 kali dalam seminggu kerana kandungan 100% bahan semulajadi yang tidak mengeringkan kulit muka.

Antara kebaikan St. Ives Oatmeal Scrub & Mask:

  • melembutkan kulit dan menanggalkan sel kulit mati
  • dibuat dengan bahan semulajadi
  • tahap penyingkiran yang rendah serta Hypoallergenic & tanpa Paraben
  • diuji oleh ahli Dermatologi & tidak komedogenik (tidak menyekat liang roma)

How_to_FACESCRUB st ives oatmeal scrub and mask.jpg

CARA MENGGUNAKAN ST. IVES AOTMEAL SCRUB & MASK

  1. Picit sedikit scrub di hujung jari.
  2. Untuk scrub – Basahkan muka, sapu  keseluruhan bahagian muka dan buat gerakan kecil bulat. Bilas.
  3. Untuk mask – Sapu dimuka dan biarkan selama 5 hingga 7 minit. Bilas.

UMMI’S PERSONAL REVIEW:

Memang best digunakan sebagai scrub mahupun mask. Baunya sedap sesangat. Beads nya halus dan tidak kasar pada kulit muka. Lepas guna rasa muka ringan, bersih dan lembut. Muka rasa sentiasa lembap.

Dah apa tunggu lagi? Boleh dapatkan St. Ives Oatmeal Scrub & Mask korang di Watson, Gurdian batau mana-mana drug store berdekatan. Dijamin korang puas hati dengan harga yang berpatutan. Jarang weh Ummi tak puas hati dengan scrub St. Ives hehehe. Ok, selamat mencuba!

Related Posts

7 thoughts on “St. Ives Oatmeal Scrub & Mask Kebaikan 2 Dalam 1

    1. aah best sunah..baru terbaca koamen sunah ni.. sampai dah habis satu tube scruab akak ekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!