Majlis Sambutan Hari Raya PTP 2017

Cerita Jumaat lepas. Gambar-gambar elok diperam seminggu sebab Ummi terlupa nak draft entri masa weekend hari tu ekeke. Cerita Majlis Sambutan Hari Raya PTP 2017. Jam 5pm kami dah turun dari office beramai-ramai menuju lokasi majlis. Masa tu memang masih kosong lagi khemah-khemah kiranya kami antara yang terawal semangat nak makan hahaha.

Kami berlima terkedek-kedek dari tingkat 6 hehehe.

Entah apa style pakcik baju purple tu. Budak sebelah tu macam ayam berak kapur. Pening kepala katanya.

Meja sebelah ada Kak Liza, sempat ajak bergambar berdua hehe.

Ehhh bertambah lagi orang-orang kuat HR.

Bergambar kenangan lagi dengan jiran meja sebelah geng—geng HR. Meja-meja lain segan nak ajak bergambar hehe.

Ok gambar penuh meja kami. Babah tu baru je sampai.

Ketibaan CEO, DCEO diiringi oleh penari-penari zapin SK Gelang Patah.

Persembahan zapin oleh anak-anak SK Gelang Patah dan seterusnya ucapan kata-kata aluan dari pengerusi majlis dan bacaan doa.

Seterusnya ucapan kata-kata aluan CEO serta penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pekerja Divisyen Operasi (TEO).

Penyerahan 

 Rumah bendera Sukan PTP sempena Sukan PTP 2017. Tahun ni Ummi & Babah satu team. T Team.. Turqoise katanya haha. Settle ucapan segala bagai baru boleh ambil makanan.

Persembahan zapin lagi. Power adik-adik ni dah ke luar negara buat persembahan.

Ok yang dinanti, persembahan dari Buscaria Buskers. Sejak tengok diorang perform masa wedding Kak Leen, masa jamuan raya PTP yang lepas-lepas terus rasa suka performance dorang ni. Suara mantap memasing. Sambil-sambil berhibur sambil kita makan.

Jom tengok apa kami makan.

Sup gear box.. yummehhhh.

Kambing golek. Sedap! Sos pun sedap compared kambing golek lagi satu.

Spaghetti ni Ummi jamah je, Su yang makan sikit.

Buah-buahan uols. Ada mata kucing dam rambutan. (orangbutan kata Abang Ilham hahaha)

Ada kupang rebus. Malas nak ambil kicap. Ummi makan cicah sos black pepper je sedap juga hehe. Nak makan kena kreatif ekeke.

Betul-betul ayam berak kapur. Nampaklah rupa pening dia tu. Sekali dia jumpa burasak terus hilang pening ahaha.

Mesti ada gambar tengah makan hehehe. Ira kata ayam tu tak best hehehe.

Kita nak juga gambar berdua hehehe. Sorang muka Ilham sorang muka Syamil hahaha.

Last but not least, Ummi menjamah burasak dan lemang periuk kera. Tak feel sangat makan burasak sebab tak ada asam pedas ikan parang hahaha. Simptom anak orang Bugis sangat tu kan hehehe.

Zoom in lemang periuk kera. Dulu Abang Ilham pernah teringin nak makan sebab terpengaruh dengan Upin Ipin. Boleh baca entri Kisah Lemang Periuk Kera. Ummi tolong abang makankan lemang ni eh hehehe.

Sebelum balik sempat lagi record performance Buscaria Buskers ni. Semua ada 3 video diorang Ummi dah upload di channel you tube ya. Boleh la jengah dan subscribe Youtube Channel – Hernee Nazir hehehe. Majlis masih berlangsung lagi sampai ke jam 9pm. Alhamdulillah kenyang sampai ke malam. Terus Ummi ponteng masak. Anak-anak pun dah kenyang makan kat rumah Mommy Ngah hehehe. Thanks to PTP yang menganjurkan majlis sambutan hari raya untuk semua kakitangan yang berkhidmat di PTP. Tahun depan buat lagi ya hehe. Tak lama lagi bermulalah PTP Sports Carnival 2017. Ummi nak main batu seremban lah! ngeh3.

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *