Santai Petang Tanjung Village Seafood Cafe

19/07/2017

Santai petang di hujung minggu. Boring-boring petang duduk rumah Babah kata jom ronda-ronda cari lempeng ke apa. Ummi ingat Babah suruh Ummi buat lempeng, sebab Ummi macam teringin nak buat jemput-jemput ikan bilis. Sekali dia kata jalan-jalan kampung je. Weehuuu ok je. Dari nak makan lempeng kami tukar ke Tanjung Village Seafood Cafe. The Ilhams tu bila dengar Babah kata nak pergi tempat orang mancing ikan diorang apa lagi excited la. Sampai-sampai siap order segala Ummi duduk je la, Babah dan anak-anak dah bertempiaran kat tepi kolam tengok ikan tengok orang memancing.

Jenuh juga nak tunggu order sampai. Nak tahu apa kami order?

Teh 3 layer. Sejuk tekak hehehe.

Mee goreng mamak. Mee goreng kat sini memang dari dulu rasa sedap amat.

Roti bakar 1 set. Satu Babah, satu lagi untuk Ummi hehehe.

Ini ha budak mengamuk tak nak makan. Sibuk nak tengok ikan je kerja dia.

Yang ni memang tak boleh berpisah dengan teh o ais dia. Padahal hidung tu berhingus. Dia makan mee goreng sikit je. Pedas pulak kata dia. Selalu ok je makan pedas. Fuhhhh serious kenyang yang amat. Niat asal nak makan yang ringan-ringan je ahahaha. Sekali kenyang terus. Total semua dalam RM20++ je. Makanan sedap cuma masa menunggu tu agak lama. Next time nak order seafood la pulak hehehe.

Korang kaki pancing yang nak cuba memancing kat Port Kaki Pancing Kolam di Tanjung Fishing Village Pendas Gelang Patah jangan risau perut lapar ya. Kat sini ada cafe. Sediakan je duitnya dijamin kenyang hehehe.

Share this nice post:

6 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: