Forwarded message dari sahabat di group whatsapp buat renungan di hari Jumaat yang mulia. Terima kasih untuk empunya nukilan semoga jadi saham akhirat dalam setiap patah ayat yang disampaikan.
************************************************
Saudaraku,
Aku akan pulang…
Sudah di 20 hari aku bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian..
Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa..
Oleh-olehku nyaris tak kau sentuh…
Al-Quran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.
Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran..
Tak banyak kau minta ampunan, kerana sibuk menumpuk harta demi bonus dan belanja raya..
Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan..
Tak pula banyak kau bersedekah, kerana khuatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti..
Saudaraku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan..
Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan..
Percayalah, Aku pulang belum tentu kan kembali datang..
Sehingga seharusnya kau menyesal telah melantarkanku..
Masih ada 9 hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang..
“Kerana TIDAK ADA JAMINAN umurmu akan bertemu lagi, di Ramadhan yang akan datang”.
Yang benar,
Saudaramu
RAMADHAN.
p/s semoga ada lagi peluang kita bertemu dengan Ramadhan..