Menu Ramadhan hari ke 14 setelah dua minggu kita berpuasa. Hari ni Ummi tak berbuka sesorang. Ummi ditemani Geng Jumaat. Puas memikirkan apa nak masak, akhirnya Ummi pilih homemade steamboat, spicy korean beef dan kimchi. Kita repeat la kali kedua bersteamboat di bulan puasa ya anak-anak.
Spicy Korean Beef. Gigih diperap semalaman nak bagi rasanya umpphhhh hehehe.
Main menu.. homemade steamboat penuh seperiuk takut makcii tiga orang tu lapar hahaha.
Makcik Eqa kekonon tengah masak.
Bahan-bahan kali ni banyak gila dorang beli walaupun dah pesan tak payah beli bebanyak kat rumah pun ada saki baki steamboat hari tu. Sekali dia beli macam nak buat kenduri tahlil daaaa.
Inilah tetamu Ummi tu. Ummi tak pasti Syamil buat gaya apa. Auntie Dila kata Syamil tutup telinga sebab bingit dengar suara makcik-makcik ni. Tapi Auntie Noni kata Syamil nak azan
Ikutkan tuan rumah tak tunjuk muka. Tapi atas permintaan orang yang bakal tinggalkan Geng Jumaat, Ummi tunjuk la muka. Mana tahu dia nak buat wallpaper handphone atau PC takut-takut nanti rindu dengan kami ekekeke.
Sesi kedua, sesi makan aiskrim dan jagung rebus walaupun memasing perut dah ketat.
Tak pastilah Makcik Eqa tu pose apa hahaha. yang penting Makcik Noni pose kekenyangan tapi masih nak ceduk aiskrim kahkah. Siap tumpang batang jagung kat dalam mangkuk lagi
Alhamdulillah, sempat berbuka berempat semalam. Thanks eh korang. Sampai kena sound dengan Ilham buat bising hahaha. Sorry.. Ilham memang sejenis yang tak suka bising dan hiruk pikuk. Tapi dia suka la Auntie Noni dan Auntie Dila ajar dia main game cisss. Insha Allah ada rezeki kita makan sama-sama lagi kalau Auntie Dila masih ingat kami kat sini
p/s sorry post ni keluar awal pagi.. sebab malam tadi line UMobile sangat mendukacitakan..uhuk..
Wahhh.. Syoknya bersteamboat. Akak tak pnah lagi buat sndiri biasa mkn kat kedai aje, tu pun dah lama tak pi.
assalamualaikum hernee…sedapnya kalau ramai2 lg sedap makan…