Deko Riang Ria Raya Bersama Lazada

Lazada_Ramadhan_Raya_Blogger_Contest_thumb

Meneruskan cabaran LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST untuk minggu kedua. Kali ni bertemakan “My Ramadhan Home”. Boleh rujuk syarat-syarat seperti di bawah ya:

Theme: My Ramadhan Home
Contest period: 2 June 2017 – 8 June 2017
 Title of the article: Any title related to the Article

 a. How are you decorating your house to be Raya ready?

Raya tahun ni tak ada apa pun yang banyak berubah dari segi tambahan perabot mahupun konsep mendekorasi. Sama je macam tahun lepas, masih berkonsep simple bertemakan warna putih, hitam dan merah. Dari minggu lepas dah mula bergotong royong mengemas sikit-sikit. Ummi kemas dapur Babah kemas atas vacuum dan basuh karpet segala. Dekorasi rumah kami simple je yang kami sendiri namakan “Deko Bajet” ikut poket sendiri hehe.

 b. Share your house decorating tips for this Raya

20160715_202239

20160715_202430

Nak bagi tips menghias rumah sebelum tibanya raya pun Ummi ni tak lah terror mana pun kan. Tapi bolehlah kongsi sikit-sikit:

  • Susun jadual – Plan bila waktu sesuai untuk mengemas dan bahagi-bahagikan tugas dan kawasan untuk dikemas.
  • Pemilihan warna tema – Pastikan pilihan warna dinding, langsir dan perabut bersesuai dengan warna tema supaya dekorasi kita tak nampak caca marba.
  • Pemilihan langsir – Pemilihan langsir juga memainkan peranan yang penting untuk menaikkan seri rumah. Langsir yang terlalu gelap akan mengurangkan pencahayaan di dalam rumah.
  • Penggunaan Wallpaper – Sekiranya anda ingin menggunakan wallpaper, pastikan memilih corak yang bersesuaian dan bahagian dinding yang mana yang perlu ditampal atau pun tidak untuk mengelakkan suasana yang serabut. Sebahagian ruang rumah kami ada penggunaan wallpaper dengan corak yang simple (black and white stripes dan corak batu bata berwarna putih).
  • Pewangi – Bubuh pewangi dan set timer supaya ruang rumah sentiasa berbau segar.

Itu saja tips yang mampu dikongsi. Ummi pun duk ceduk-ceduk idea dari group deko di facebook hehe. Nasiblah ada Babah yang sudi melayan. Deko ni kalau kita pandai memilih barang hiasan, tak perlu modal besar pun dah boleh nampak cantik dan elegan. Kena bijak “mix and match”. Kami deko bajet jadi mana yang murah dan cantik tentulah jadi pilihan kami.

 c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya?

DAW Armchair

DAW Armchair

Oleh kerana sofa hitam (rujuk gambar kedua di atas) dah koyak teruk, jadi Ummi rasa berkenan sungguh kalau dapat gantikan dengan DAW Armchair ni. Bubuh dua DAW Armchair ni di dinding yang ada stripes wallpaper tu. Jadi kawasan depan tu nampak lebih luas sikit untuk anak-anak bermain dengan anak-anak tetamu nanti.

S  CEVO 3 drawer stand

S+ CEVO 3 Drawers Stand

Di tengah-tengah antara dua Armchair tu bolehlah letakkan S+ CEVO 3 Drawers Stand ni. Nanti atasnya tu boleh hias dengan artificial flower yang simple. Terus rasa tengah berangan susun barang ni semua hehehe.

Zebra Print Rug

Zebra Print Rug faux Zebra hide rug Animal printed carpet for home 110x75cm 

Nak tambahkan seri, kita bubuh Zebra Print Rug di depan ruang lantai airmchair tu tadi. Sesuai sangat dengan tema black, white and red yang Ummi suka tu hehe. Semua barang-barang ni boleh di dapati di Lazada. Senang sangat nak pilih. Lazada sedang berkongsi kegembiraan berhari raya dengan semua pelanggan di seluruh Malaysia.

marhaban ya ramadan lazada

Sempena bulan Ramadhan ini yang mulia ni, Lazada Malaysia telah melancarkan Marhaban Ya Ramadhan By Lazada  dan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang menawarkan potongan harga sehingga 90%  dari 19 May sehingga 30  June 2017. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di Lazada untuk lebih penjimatan di musim perayaan ini.

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

5 Comments

  1. kisahsidairy

    rumah umi ilham dah cantik…hahaha…tapi kalau dapat perabot baru lagi cantik kan..hehe

    • Hernee Nazir

      hehehe cantik la sgt ummi naura oii..kalo dpt best tu..

  2. Mar

    moga ada rezeki kak HN di sini
    JanjiKita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *