Lagu Kanak-kanak Islam – Animasi Terbaru Omar dan Hana

The Ilhams Learning Phase

omar dan hana kartun animasi digital durian

Lagu Kanak-kanak Islam – Animasi Terbaru Omar dan Hana | Ilham dan Syamil new addiction. Animasi terbaru dari Digital Durian iaitu Omar dan Hana yang mengandungi lagu kanak-kanak Islam antaranya Alhamdulillah, Terima Kasih Cikgu dan Main Sama-sama. Ummi pun naik syok dengar dan terikut-ikut. Bagus liriknya ada pengajaran. Lagu main sama-sama tu tersengih-sengih Abang Ilham dengar bila Ummi cakap Omar dan Hana pesan suruh abang dan adik main sama-sama.

Jom berkenalan dengan Omar, Hana, Papa dan Mama.

omar biodata omar dan hana kartun

OMAR
– berusia 6 tahun
– bijak dan mempunyai sifat ingin tahu
– berkeyakinan tinggi
– suka binatang bergigi tajam seperti dinosaur dan ikan jerung
– seorang abang yang penyayang dan prihatin
– kadang kala cemerkap

Hana biodata kartun animasi Omar dan Hana

HANA
– berusia 4 tahun
– aktif, berani dan periang
– petah berkata-kata dan bercerita
– seorang adik yang manja tetapi suka menyakat abangnya
– sukakan haiwan yang comel seperti kucing
– pengikut setia abangnya

papa omar

PAPA
– sentiasa ceria dan aktif
– suka bermain dengan Omar dan Hana
– suka menyakat
– minat berkebun

mama omar

MAMA
– penyayang
– lemah lembut
– bijak dan kreatif mendidik Omar dan Hana
– suka memasak
– suka mengumpul resepi

Haaaa.. dah berkenalan kan dengan keluarga Omar dan Hana. Jom nyanyi lagu favourite anak-anak Ummi.. Alhamdulillah.

Lirik Alhamdulillah – Omar dan Hana

Mari sebut Alhamdulillah
Saya makan Alhamdulillah
Saya kenyang Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~

Sampai sekolah Alhamdulillah
Jumpa kawan Alhamdulillah
Main bersama Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~

Sayang Mama Alhamdulillah
Sayang Papa Alhamdulillah
Sayang keluarga Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~
Alhamdulillah~

Jom follow social media Omar & Hana:
Youtube Omar & Hana: https://www.youtube.com/channel/UCiZL26ScfRZDdEAkkPJgJbA/videos
Facebook Omar & Hana: https://www.facebook.com/OmarDanHana/
Instagram Omar & Hana: https://www.instagram.com/omardanhana
Twitter Omar & Hana: https://twitter.com/omardanhana

Loading

Related Posts

3 thoughts on “Lagu Kanak-kanak Islam – Animasi Terbaru Omar dan Hana

  1. perkongsian yang menarik ! =)
    base on my experience, lagu2 kanak2 ni biasanya akan ada lirik yang berulang, sebab anak2 akan mudah nk ingat dan hafal. kalau tengok lirik lagu Amhamdulillah – Omar dan Hanna, perkataan Alhamdulillah sering diulang2.. =)

    1. betul anak-anak cepat je tangkap lirik yg berulang2.. bila gaduh berebut mainan sebut omar dan hana je memasing terdiam kejap hehehe..sekurang2nya ada sesuatu dorang belajar dari lagu-lagu ni kan..

      1. hehe dah tau dah, bila anak-anak gaduh, pasang je lagu omar hanna, terus tak jadi gaduh hehe =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!