Abang Ilham at Soft Play 

25/05/2017

Masa ronda-ronda Angsana, Abang Ilham nak ajak singgah Smart Kids Indoor Playground. Bila Ummi tengok harga sejam RM23 terus telan air liur kejap hahaha. Dua orang dah RM46, Babah kata tak payah la nanti kita cari playground lain. RM46 tu belanja Ummi makan lagi best hahaha.

P_20170521_175540

Naik level atas ronda-ronda jumpa Soft Play. Tengok harga setengah jam hanya RM5 untuk kanak-kanak 3-12 tahun. Wah ok sangat tu. Tapi abang je la yang main adik tak layak lagi baru 2 tahun.

P_20170521_175500_vHDR_On

Senyum lebar dapat main.

P_20170521_175523

Pepandai dialah bawa diri. Parents boleh je masuk dalam monitor anak-anak. 

P_20170521_175811

Start pukul 6pm sampai 6.30pm. Ummi duk menjengah dicelah-celah jaring. 

P_20170521_181659_BF

Sambil tunggu abang  main-main dalam setengah jam, kami duduk di bangku berhadapan dengan soft play tu. 

P_20170521_182908

Cukup setengah jam Ummi ajak dia keluar. Eh kawan baru abang lah. Ajak abang bergambar kawan depan ni yang muncul hahaha.

P_20170521_182916

Muka tak puas hati kena stop. Next time kita main lagi eh. 

Dia cakap “Ummi.. Ilham berani Ummi.. Ilham panjat sampai atas”. 

“Wah bagusnya.. Syahmi kan memang maksudnya berani.. sebab tu Ummi bagi nama tu”

“Tapikan Ummi.. masa Ilham kat atas tu kan.. Ilham nampak ada orang main games kat sebelah tu.. boleh tak Ilham nak pergi kat situ?”

Ummi terpaksa hentikan dialog dan pimpin tangan dia jalan laju-laju sebab ada ciri-ciri dia nak ajak je situ hehehe.

Share this nice post:

4 Comments

  • kisahsidairy

    25/05/2017 at 11:52 am

    hahaha..rupanya ada udang di sebalik mee,hahah

  • UYUL ROSLI

    25/05/2017 at 1:08 pm

    amboi amboi amboii. seronok nya the ilhams.

  • maszull

    25/05/2017 at 10:37 pm

    assalamualaikum hernee…hahahah pandai yer abg Ilham…

    1. Hernee Nazir

      31/05/2017 at 9:33 am

      waalaikumussalam..hehehe ada jek akalnya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: