Sambung cerita Jumaat, antara Daiso dan Yubiso, Ummi pilih Yubiso. Kenapa? Sebab masa yang limited dan dugaan yang besar kalau masuk Daiso. Lagi la rambang mata nanti sampai ke sudah tak tahu nak beli apa dan terbeli benda yang tak ada dalam list hahaha. Yubiso kecil je senang sikit nak pilih. Cehhhh alasan!
Tapi itu pun terpusing-pusing juga mencari hadiah.
Nooo..noo.. tak nak yang ni.
Ini pun sama.
Ini dalam pemerhatian.. KIV. Flask penguin merah tu nampak comel.
Mug sebelah tu pun comel. Tapi akhirnya Ummi beli yang lain hahaha. Tak kuat sangat mandrem penguin merah tu ekeke. Lepas siap-siap bayar terus ke washroom dengan Ira.
Sekali keluar nampak makcik bertiga ni tengah tunggu kitorang depan Yubiso hahaha. Diorang masuk Daiso. Diorang kuat iman.
Nah ambil seplastik hadiah yang berharga RM30. Apa Ummi beli?
Taraaaa.. tak special mana pun hehe. Lunch box dua set jek, satu pink beserta botol air.
Satu lagi warna biru. Kot la yang dapat ni ada anak boy and girl haaa kan adil. Suruh mak awak buatkan bento comel-comel buat bekal pergi sekolah hehe. Eh siapa je yang ada hahaha.
Alhamdulillah misi nak membeli hadiah potluck settled. Terimalah hadiah tak seberapa dari The Ilhams Family. Semoga bermanfaat 😉.
assalamualaikum hernee…seronoknya siapa yg dpt ni tadi…
waalaikumussalam..hehe rezeki juju