Selepas berpenat lelah melayan anak-anak di Legoland hari Sabtu lepas, marilah kita isi perut. Kita dinner awal, balik rumah boleh terus berehat. Oleh kerana rezeki bonus Shaklee dah masuk jadi Ummi reward Babah dan anak-anak belanja makan di Restoran Absolute Thai, Medini Mall.
Tengok hero kecil berdua tu, over kan hahaha.
Menu-menu kat sini memang favourite Ummi dan Babah.
Dah kebuluran dan kepenatan, cepat-cepat order.
Haaa puas hati la korang berduakan dapat ronda Legoland. Doa lagi rezeki Ummi dapat cover event Legoland.
Wefie sikit dengan Babah. Kasi can laaaaaaaaaaaa.
Cepat gila makanan sampai. Nasi sorang sepinggan.
Seafood Tomyam yang sedap meletop.
Nak makan asparagus tak ada pula, jadi Ummi tukar mixed vege je. Itu pun dah sedap.
Untuk anak-anak ayam Pandan Leave Chicken.
Our favourite.. kerabu mangga. Rupanya yang rangup tu ikan keli hehehe.
Budak berdua tu Ummi suap sebab nanti kang dorang makan memain lambat le siap bila nak balik.
Mesti order.. manggo with sticky rice. Eh tak payah nak omputih sangat pulut mangga je hahaha. Sedap yang amat. Tengah syok makan pulut mangga Ilham nak melepas hajat cissssssss. Potong selera Ummi. Overall, tak pernah tak sedaplah makan kat sini hehehehe.
Teringin nak deko dinding rumah macam dinding kat sini hehehe.
Kat Absolute Thai sedap berlangsung contest Chan Rak Khun Mak (I Love You So Much) MAMA & PAPA. Contest berlangsung dari 14 May – 18 June 2017. Sesiapa nak cuba boleh la join, makan kat sini dengan ibu atau ayah snap gambar send kat website diorang. Cepat tau join.
Laparnya tengok makanan.fav betul klau dpt tomyam tu
hehehe sedap kan..
perghh marvelous! nak try jugak laa nih aduh
hehehe memang sodap