Sate Tuna – Idea Terbaru Peluang Jana Pendapatan Lumayan

Info Sharing

Selamat berhujung minggu korang. Hari ni nak kongsi menu sate terbaru untuk peminat-peminat sate di Malaysia. Siapa tak suka sate memang rugi hehe.

IMG-20170512-WA0015

Memperkenalkan menu terbaru sate tuna. Haaaa tak pernah dengarkan? Samalah kita. Korang tahu tak, Sate tuna boleh memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan sate tempatan tau.

IMG-20170512-WA0019

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, sate tuna merupakan produk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia yang diperkenalkan semasa MAHA 2016 yang lalu, merupakan satu produk galakan promosi hasilan tuna, bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang di Negara ini.


IMG-20170512-WA0016

Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. 

Ianya berasaskan nutrien dan khasiat  isi ikan tuna ini boleh dijadikan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat. Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna.

IMG-20170512-WA0028

Turut hadir, Datuk Ismail Abu Hassan, Ketua Pengarah Perikanan dan Zulkarnain Abdullah, Pengurus Besar Satay Station Sdn. Bhd.

IMG-20170512-WA0022

Tambah Shabery, sebagai permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.
 
Kerjasama dengan Satay Station adalah satu langkah strategik antara kedua-dua pihak kerana rantai kerjasama ini adalah saling melengkapi dan saling menguntungkan kedua-dua pihak, jelas beliau.

IMG-20170512-WA0025

Mengulas mengenai pelancaran sate tuna ini, Shabery menjelaskan bahawa pihaknya akan terus giat melahirkan usahawan Francais Sate Tuna untuk meluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna di seluruh Negara. Ini merupakan satu langkah ke hadapan, bagi menampung keperluan permintaan pada masa akan datang bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang maju.

IMG-20170512-WA0027

Ternyata, peluang perniagaan baru sebegini perlu direbut oleh para pengusaha kerana pasarannya masih luas,” kata Ahmad Shabery.
 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.

 Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan. 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No. Tel: 03 – 8870 4234
No. Faks: 03 – 8881 0343
Email: ukk@dof.gov.my ; pro@dof.gov.my

p/s Menarikkan korang. Tak sabar nak try sate tuna. Harap ada la orang Johor yang nak buat franchaise bolehlah Ummi Ilhams mencuba sate tuna ?

Related Posts

2 thoughts on “Sate Tuna – Idea Terbaru Peluang Jana Pendapatan Lumayan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!