Akhirnya, kesampaian juga kan nak bawa The Ilham ke sini. Walaupun sebelum tu dah sangkut dulu kat PETRONAS SreetSmart hahaha. Last day, jadi faham-faham la banyak aktiviti dah terlepas.
Sampai depan main stage je ada pengumuman, sesiapa anak-anak yang nak dapat belon percuma sila beratur, badut hensem akan tiupkan belonnya.
Kesian adik nampak macam lost gitu hahaha.
Nak kill the times mengelakkan diorang boring beratur, Ummi kerah suruh berjoget kahkahkah. teruk no mak korang ni.
Puas berjoget dorang diam jap, lepas tu joget lagi hahaha.
Ilham dah bebel lambat. Tak sabar dah tu dah nampak sikit je lagi turn dorang.
Akhirnya sampai juga turn dorang.
Ummi sempat juga rakam masa Uncle Badut Hensem ni tengah buatkan siorang belon. Ilham nak tikus, Aqil nak pedang.
Thanks Badut Hensem tolong layan bebudak ni. Suka la dah dapat apa diorang nak. Sebelum tu ada aktiviti bersama badut ni atas stage tapi anak-anak Ummi tak sampai lagi. Ummi mampu tengok sambil berlalu makan ke KRR je hahaha. Kalau korang nak book badut ni boleh jengah instagram dia ya ada link tu. Dia ada komen kat gambar bebudak ni kat IG Ummi.
Oleh kerana adik tak dapat belon dari badut, maka Babah belikan adik belon Boboiboy.
Dah pandai kerah Ummi snap gambar dia. Ye betul dia yang suruh hehehe.
Haaa budak kembar tak seibu seayah ni. Tak reti duduk diam. Nak bergambar ni pun berkali-kali snap.
Antara booth yang ada. Jualan pakaian kanak-kanak, mak-mak pun ada, mainan pun banyak tapi kena pejam mata. Eh lupa la padahal Ummi nak beli cardigan black and white yang ada jual kat situ. Dah mengejar hero-hero lupa nak singgah lagi.
Lepas pusing-pusing sini, kami ambil angin di bawah sambil layan anak-anak main. Walaupun Abang Ilham tak redho nak turun bawah hahaha. Dia takut Ummi ajak balik.
Nampak tak dorang tengah berbahagia main kat bangku-bangku ni.
Fewitttttttt.. tak habis feeling dating berdua ahaha.
Ummi macam tak banyak gambar je. Paksa anak-anak wefie ekeke.
Lagi sorang kena paksa rela.
Nak bergambar dengan rumah smurf kata dia
Apalah dibualkan dua beranak ni.
Wefie tiga beranak. Abang Ilham dan Aqil tengah berkenalan dengan kawan baru.
Adik pun join sekali.. “Mi.. awan Amil” sambil tunjuk kat kawan baru tu. Nama dia Ariq. Ewahhh dah pandai cari kawan. Good job adik. Bagus ramah tamah.
Sebelum balik sempat lagi nak main sepit. Kisahnya selama ni Ummi baru perasan ni sepit kahkahkah.
Satu je tempat yang tak sempat-sempat lagi nak bergambar. Tu ha, kat arca-arca dari buluh tu. Eh tu panggila dia arca kan? Ke salah? ekekeke. Next time lah ya. Tengok orang bergambar kat situ cantik je. Jangan sampai buluh mereput kita tak sampai-sampai sudah hahaha. Settle aktiviti bersama anak-anak minggu lepas. Pulanglah ke pangkuan rumah. Cuti dah habis.
si botak tuh comel betul laaa. heheheh
ahhahaha tq aunty uyul..