Aktiviti semalam, kami ke jemputan kenduri aqiqah Fayyadh cucu Opah. Sampai-sampai Cik Piyah dan adiknya Encik Wafi dah ada. Cucu-cucu tambahan Opah dah sampai.
Bergenang air mata Syamil tu ha asyik kena sakat dengan abang.
Sebelum rombongan kumpulan yasin sampai kami dah dipelawa makan dulu. Ummi suap je dedua hero tu. Kalau bagi makan sendiri konfem bersepai. Sekali half way makan Abang Ilham nak meratah lauk ayam red. Suka hati la nak.
Thanks Opah jemput kami anak beranak. Makanan sedap-sedap belaka especially kambing tu yummmehhh.. Lagi satu sedap crem puff hehehe. Lepas ke kenduri cucu Opah kami pusing kampung, lepas tu Abang Ilham merengek nak main kat rumah Aqil.
Layankan juga la, bila adik pun nak join sama. Ibu Aqil suruh tinggalkan je dua-dua orang. Eh macam tak sedap la pulak. So Ummi menahan mata yang mengantuk menunggu diorang main. Dalam 6 lebih kami balik ke rumah.
assalamualaikum hernee….wah !! seronoknya dpt bersama2 semuanya…
waalaikumussalam mama..alhamdulillah ma..