Ilham & No-Ti-Ce

30/04/2017

P_20170414_180749_vHDR_On

Balik kerja terus ambil anak-anak di rumah Opah. Potpet potpet sekejap dengan Opah terus ajak balik. Tak sah kalau tak berbual haha. Masuk kereta Ummi nak start engine. Abang Ilham pula sibuk nak on radio.

Sekali dia cakap.. “Ummi.. no ti ce”

”Haaaa? no ti ce? Cikgu takde?”

”Bukanlah Ummi.. no ti ce” (baca: no-ti-ce)

”Ye lah takde cikgu ke maksud Ilham tu? Tadi Cikgu Akma tak ada ke?”

”Bukan.. Ilham cakap ni NO-TI-CE” sambil tunjuk screen radio.

Kahkahkahkah. Mengekek Ummi sesorang.

“Itu bukan no-ti-ce bunyinya Ilham.. itu NOTICE dalam bahasa Inggeris.. bahasa Inggeris tak boleh baca gaya bahasa Melayu”

Kesian Ummi lambat betul nak hadam. Anak cakap lain Ummi faham lain. Sabar je lah dengan budak kemaruk membaca ni. Taat sangat berbahasa baku. Marah Ummi tergelakkan dia. Sorry eh Ilham.

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: