72 Jam Bersama Didie & Friends

P_20170422_141442

Semalam petang Ummi dengan baik hatinya mensubscribekan dua orang hero ni Didie & Friends di Astro First. Saja je memandangkan cuti tiga hari ecehhh alasan. Dari semalam petang diorang mengulang tengok Didie & Friends. Rupanya Ilham ingat dia tak boleh alih channel lain hahaha. Siap takut Didie & Friends hilang kalau tukar channel.

Tadi tengah makan tetiba dia cakap..

”Ummi.. TAHNIAH eh..”

”Haaaa?? Tahniah? kenapa pulak?”

”Tahniah la sebab Ummi dah belikan kitorang Didie & Friends”

Kahkahkah macam nak tersembur nasi lauk asam pedas ayam dalam mulut Ummi.

“Bukan TAHNIAH la Ilham. Tahniah tu ucapan untuk orang yang dapat sesuatu kejayaan “TERIMA KASIH” baru betul”.

Dia tersenyum kambing. Dah silalah tengok la Didie & Friends sampai lebam ya hahaha.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 thoughts on “72 Jam Bersama Didie & Friends

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: