Bento of The Day 210417 – Bekalan Anak-anak Hari Ini Ayam Masak Lemak Tanpa Cili Api

Semalam sebelum balik, Abang Ilham memandai request dengan Opah.

”Opah esok boleh tak Opah masakkan ayam yellow.. Opah jangan masakkan ayam orange.. nanti Ilham muntah”

Amboi..amboi..amboi.. buat malu Ummi jek kan. Kemain lagi dia request dengan Opah, ingat Opah private chef dia agaknya hahaha. Lagi satu bila masa makan ayam orange muntah tu? Kalau Ummi masak laju je Ilham bedal. Cessss.

P_20170421_074303

Jadi pagi ni Ummi bekalkan anak-anak dengan memasak Ayam Yellow aka Ayam Masak Lemak Tanpa Cili Api. Ada 6 ketul makanlah kome dua beradik dengan aman damai ya macam makan berdamai gitu. Jangan bagi Opah pening lalat nak layan request komen berdua hehehe. Tak cukup kat rumah sambung lagi nanti sebab Ummi masak lebih hehehe.

Ummi bekal tak? Ummi Babah tak bekal pun. Macam tak ada feel nak makan lauk ayam yellow. Babah bedal kopi panas dengan roti gardenia je pagi tadi. Jadilah syarat Babah tu janji ada minum air sebelum pergi kerja hehe.

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “Bento of The Day 210417 – Bekalan Anak-anak Hari Ini Ayam Masak Lemak Tanpa Cili Api

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *