Tuesday’s Lunch–Pekena Nasi Ayam & Coconut Shake Sedap R&R Gelang Patah Arah Selatan

Lunch hari ni Ummi dating berdua dengan Babah. Oleh kerana geng-geng makan tak makan hari diet kekonon, jadi Ummi tak ada geng. Bila tanya Babah dia kata yok keluar makan. Ummi ok je walaupun nampak pokok hari dah nak hujan (eh dah lama tak sebut pokok hari hahaha)

Sebenarnya tak ada idea nak makan kat mana. Bila hujan dah mula turun dan nampak banyak kedai full orang, teruslah plan ke R&R Gelang Patah Arah Selatan. Meh la pekena Nasi Ayam sedap digandingkan dengan Coconut Shake marvellous ekeke.

coconut shake gelang patah

Memang jarang tukar menu kalau ke sini. Coconut Shake Special dari Roslinda Cafe (Gerai No.3). Kalau korang belum pernah cuba better cuba. Sedap sama je macam Coconut Shake Klebang tu. Masa pregnant memang duk ngidam je Coconut Shake Kak Linda ni. Nasiblah ada GDM aka kencing manis masa pregnant kalau tak mahu beli hari-hari hahaha.

nasi ayam sedap R&R Gelang Patah

Kalau dah minum mesti nak makan ye dok? Makanan kegemaran Nasi Ayam Gerai Tanjung Kupang (Gerai No. 2). Ehhh tipulah kalau korang kata tak sedap. Serious sedap hoi dengan sambal yang pedas meletop tu. Dari nasi, bawa ke sup, bawa ke ayam nya sedap. Request dengan Babah tadi Ummi nak ayam double ekeke. Korang nak request nasi double ke ayam double ke korang punya suka janji bayar hehe. Tapi kan masa pregnant kan Ilham anti gila kot bau nasi ayam R&R ni. Rasa nak terkeluar isi perut haha. Eh Ummi asyik cerita pregnant dah kenapa. Jangan bagi seram hahaha.

Ok sesiapa yang baru je sampai ke kawasan Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah ni boleh la cuba makan di R&R Gelang Patah arah Selatan dijamin sodap. Tak percaya ajak akak sekali ngeh3.

9 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!