Selamat Pengantin Baru Untuk Nawal & Feizal

BFF Ummi Ilham

P_20170415_083845_vHDR_On

Hari Sabtu, jengah letter box nampak ada sampul surat yang bersetem dan penerimanya Hernee Samshudin. Hmmmm.. siapa pulak yang bagi surat ni? Surat apa ek? Memacam soalan keluar kat dalam otak. ting..ting..ting..

Bila buka..

P_20170415_083929_vHDR_On

Taraaaaaaaa.. baru teringat Nawal minta address nak pos kad jemputan. Minggu ni rupanya majlisnya di Bangi. Tengah berfikir-fikir lagi ni. Alhamdulillah, Nawal bertemu jodoh dengan lelaki pojaan hati. Nawal antara adik junior sekolej yang rapat dengan saya masa study di UiTM. Memang banyak aktiviti-aktiviti kami buat sama-sama. Panjat cafe cari ayam hitam pakcik kakak kat cafe UiTM Melaka. Ikut Nawal balik Selayang Pandang hehehe. Inilah kawan gelak kawan nangis. Kawan nangis tengok hindustan pun ye juga hahaha. Kawan skodeng crush lalu tepi blok Camelia nak pergi kelas kahkahkah. Oooppsssss!

Untuk Nawal dan suami.. semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke syurga. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Cantik sangat tengok gambar majlis pernikahan Nawal. Orang jarang bersolek, sekali bersolek meletop kebabom hehe.

Related Posts

6 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Untuk Nawal & Feizal

  1. assalamualaikum hernee…selamat pengantin baru buat pasangan pengantin…semoga jodoh berkekalan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!