Ilham’s Movie Time – Smurf : The Lost Village

Blogger Review

smurfs-the-lost-village-

Cerita hujung minggu, buat pertama kalinya di umur bakal 36 tahun bulan depan Ummi Ilhams menjejakkan kaki ke panggung wayang. Hari ini dalam sejarah. Ohhhh jangan ketawa ini serius. Memang tak pernah tengok wayang kecuali movie 4D di Legoland haha. Abang Ilham excited sangat bila Ummi kata nak tengok Smurf. So hari tu kami menonton “SMURFS : THE LOST VILLAGE” di TGV Cinema , AEON Bukit Indah bersama Auntie Ayue.

P_20170409_103946

Nahhhh kita posing dulu depan Smurf haha. Syamil tu tak nak bergambar kalau Babah tak ada. takut kata dia.

P_20170409_103959

Abang Ilham suruh Ummi snap ga,bar kat sini. Eh berani pula mamat ni selalu dia takut nampak rupa-rupa gini hahaha.Ohhh lupa pula nama dia kan Ilham Syahmi. Syahmi tu maksudnya berani hehehe.

P_20170409_105625

Inilah hero-hero kecil saya yang tak sabar tu. Untuk yang keliru.. sebelah kanan abangnya.. Muhammad Ilham Syahmi (Ilham) dan yang cenonit tu adiknya Muhammad Ilham Syamil (Syamil). Semua memang ada “Ilham” sebab Ummi dia suka sangat nama Ilham tu dari zaman gila baa novel hahaha. Lagi pun nama tu ada makna yang baik kan. Eh ni nak cerita pasal The Ilhams ke cerita Smurf.

P_20170409_105630

Babah dan hasben Auntie Ayue tengah chit chat, pertama kali jumpa.

P_20170409_110305_BF

Ummi sempat selfie sementara tunggu Auntie Ayue jawab call. Ehhh kalau pakai handphone Babah ni gambar cun je.

P_20170409_110332_BF

Wefie dengan heri cenonit.

P_20170409_110635

Sebelum start movie haruslah posing sakan dengan Auntie Ayue.

P_20170409_110652

Orang first time nak masuklah katakan hahahaha. Dah cakap dengan Ayue, kalau nampak akak blur-blur jangan gelakkan.

20170409_113223

Ok ini movie 3D jadi sila pakai spec 3D yang dah diberikan. Mula-mula Ummi ingat Ilham tak nak pakai sebab sepc kat rumah pun terabai. Eh suka rupanya.

20170409_113225

Nampak dia punya poyo tu.

20170409_113246

Yang si kecil ni pun beriya ok.

20170409_113413

Baru tengok iklan dia dah sorok belakang Ummi hadoilahhh. Dia takut tengok iklan-iklan tu. Adik steady je.

20170409_113845

Nampak adik relax je. Sebenarnya Ummi terpakaikan adik spec Ummi yang besar hahaha. Kesian member terdongak nak bagi spec stabil. Oh abaikan hidung kembang Ummi diorang tu. Babah mana? Babah tak join sebab tiket free untuk kami bertiga je. Babah sama macam Ummi tak suka wayang-wayang. Dia lebih rela shopping heavenly sesorang.

Untuk satu jam pertama adik bertahan tengok Smurf sambil gelak-gelak dengan abang, lepas tu dia dah sampai lala land. Abang ok je cuma bebel “Ummi.. kenapa Ummi tak bawa gebo Ilham sejuk la” hahaha. Mak ekau ni manalah tahu dalam ni sejuk yang amat. Tapi Ummi bekalkan sorang sehelai sweater cuma yang bijaknya Ummi pakaikan dorang seluar askorrrrrr yang pendek hahaha. Baju spare dan tuala adik la jadi mangsa buat tutup kaki.

Nahhh cekonon nak review.

Filem SMURFS: THE LOST VILLAGE mengisahkan tentang pengembaraan Smurfette dan sahabatnya Brainy, Clumsy dan Hefty. Smurfette adalah smurf yang tinggal di perkampungan smurf. Ia ciptaan ahli sihir yang jahat iaitu Gargamel. Gargamel yang ingin menangkap Smurfs untuk menambah kekuatan sihirnya

Smurfette dan sahabatnya melalui suatu pengembaraan untuk mencari dan membuktikan kebenaran dari sebuah cerita dongeng mengenai kewujudan desa lagenda yang ada di hutan ajaib. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan termasuklah halangan dari Gargamel, ianya  tidak melunturkan semangat dan juga tujuan Smurfette dan sahabatnya untuk menemukan untuk menjayakan misi mereka

Nak merasai kesedihan Ummi Ilhams yang gembeng ni silalah tonton film Smurfs: The Lost Village. Nanti korang tahulah part mana yang air mata Ummi meleleh hahaha. Hoiii tengok movie Smurf pun nak nangis? Eh mestilah.. nangis masa Smurfette mencair cair tanah liat dan masa kawan-kawandia semua bersedih. Nampaklah semangat setia kawan kat situ kan. Eh tercerita pula part sedih hahaha. Ahhh korang tengok sendirilah tak reti nak explain hahaha.

Ok overall memang best movie ni sesuai untuk kanak-kanak dengan animasi yang menarik.

20170409_131111

P_20170409_110852_BF

Ok movie dah tamat. Perut dah kriuk-kriuk. Sebelum berpisah kita wefie dengan Auntie Ayue.

P_20170409_110936_BF

Thanks Auntie Ayue belanja kitorang tengok movie hehehe. Kalau turun JB jangan lupa roger-roger Ummi Ilhams ya.

20170409_131911

Dua orang hero kecil dah tak sabar nak jumpa hero besar. Abang dah bebel lapar.. lapar. Ok time to eat. Cerita makan-makan kami boleh baca di SINI.

20170409_170319

20170409_180352

Sebelum balik kita tapau untuk makan malam sekali hahaha guna voucher Mc Donald RM50 pemberian Auntie Ayue. Tapau apa lagi kalau bukan Ayam Goreng Mc D yang tengah viral tu hehe. Babah kata ni ayam goreng baru ke? Eh rasa Ummi ni yang dulu la ke ada improvise resepi? Malas nak ambil tahu tapi bila dah tertengok iklan memang tahap kecur dia sampai level 7 hahaha. Lepas berjimba anak beranak seharian barulah kami balik rumah. Yeay! A happy weekend!

Adakah Ummi akan tengok movie lagi lepas ni???? Hmmmmmm..

Related Posts

2 thoughts on “Ilham’s Movie Time – Smurf : The Lost Village

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!