Terjebak Dengan Apss Focus n Filter

Screenshot_20170407-104240

Tengok kekawan duk buat profile pic tulisan nama masing-masing nampak cun. Bila risik-risik ohhh guna google apps FOCUS n FILTER rupanya. Moh la kita download. Bila dah download dan godeh-godeh apps tu rasa, bestnya kalau dapat buat header blog. Maka terhasillah header blog buatan sendiri ni. Ala kadar janji tuan blog happy hehehe.

Taraaaaaaaaaaaa..

new header 060417

Oklah tu kan. Dari apps tu saya pilih background yang ada pink2 sikit, bubuh wording dan save. Bila dah save saiznya memang la bukan saiz header blog. Jadi saya siap-siap sediakan template kosong dari paint dengan saiz lebih kurang saiz header dan save. Lepas tu buka photoscape, edit pada header kosong tadi tu dan add objek gambar file focus n filter tu. Save. Editlah dalam header blog. Siap!

Maklumlah kita ni tak terer pakai photoshop bagai. Dah jenuh Babah ajar tetap tak terer hahaha. Lagi pun tak cukup masa nak belek photoshop ramai assistant tolong nanti hehehe. Jadilah buat header simple-simple untuk kepuasan diri sendiri hehehe. Cantik tak header Ummi Ilhams? hehehe.

Eh sempat juga Ummi buatkan Mama Maszull header seketul sebab dia komen tanya header buat guna apa. Dengan poyonya kita buatkan dia satu. Taraaaaaaaaaaaaa..

header mama maszull

Cantik tak? Boleh klik header tu untuk ke blog Mama Maszull ya.

Yang nak cuba, bolehlah download di google apps store, FOCUS n FILTER ke smart phone uolls ya. Lepas tu editlah gambar ke apa sampai lebam. Boleh juga guna untuk buat watermark bagi gambar-gambar yang nak di post ke blog. Ok, selamat mencuba!

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

17 thoughts on “Terjebak Dengan Apss Focus n Filter

  1. assalamualaikum hernee…wah !! bestkan cantik pulak tu…tapi mama nyer x sempat nak letak lg kat hader tu…mekacih hernee buatkn mama nyer hader tu…nanti nak tukar juga…

    1. assalam hernee…sori yer hernee header yg hernee wat utk mama ni x boleh letak kat mama nyer blog la sbb saiz kecik…jadi terpaksalah suruh anak buatkn yg lain…tapi x sama dgn yg hernee buatkn tu…sori hernee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: