Bento Ilham Syahmi 060417

06/04/2017

P_20170406_074251

Dah lama gila kot tak tayang bekal Abang Ilham. Semalam Ummi masak Ayam Red lebih, memang niat untuk bekalkan dia hari ni kalau tak habis la dia bedal malam tadi hahaha.

Alhamdulillah ada 3 ketul baki. Ummi simpan dan panaskan pagi tadi. Malam bagitahu dia esok bekal ayam red. Tapi dia macam tak setuju. 

Eh Ummi mana boleh bawa ayam red.. dah busuk la”

Dah busuk maksud dia dah basi.

Mana ada basi.. nanti pandai-pandai la Ummi simpan elok-elok”

“Ooo.. ok.. boleh je lah Ummi”

Malam sebelum tidur dia buat soalan cepu emas sambil buat gaya-gaya poyo dia tu haha.

“Ummi.. dengar sini Ilham nak tanya.. kalau kita makan ayam red dah busuk nanti kita jadi apa?”

Ummi dah boleh baca dah kegusaran dia tu.. haha. Takut sangat sakit perut.

“Kalau dah basi..nanti kita sakit perut.. tapi ayam red Ummi masak tu elok je lagi”

“Ooo.. macam tu”

Barulah dia tidur. Pagi ni Ummi masakkan nasi bahagi dua dengan adik. Abang bekal ayam red 3 ketul air masak sebotol. Tak dan la nak hias-hias. Yang penting Ilham kenyang. Adik Syamil bekal lauk ikan kembung masak singgang dan chipsmore.

Semoga anak-anak Ummi kenyang ya sepanjang Ummi berkerja. Gambar bekal adik tak sempat snap.

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    06/04/2017 at 6:36 pm

    assalamualaikum hernee…wah !! bestnya ilham bawa bekal ayam red yer…:)

    1. Hernee Nazir

      06/04/2017 at 7:33 pm

      waalaikumussalam..ye mama..hehehe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: