Update Cerita Ilham Syamil Lagi

1491297286798

“Awak janganlah boring. Ummi saya ni saja ni memorikan kisah hidup anak-anak dia. Kalau awak tak nak baca tak pe.. Ummi saya tak kecil hati pun..” kata Syamil dalam hati. Hahahaha padahal Ummi dia yang buat cerita.

Alhamdulillah Dr. Azhar kata Syamil dah ok. Tapi masih perlu consume Singular untuk kuatkan paru-paru dia. Inhaler pun masih on lagi. Next follow up check up 10 Mei 2017. Selera makan dah pulih, tadi sebelum jumpa doktor dia dah cakap.. “Ummi.. apaaa nak ashik”  Bila Ummi pujuk kejap lagi tunggu jumpa doktor nasiblah dia faham. Lepas je keluar terus dia ajak makan. Maka singgah la kami di Cafe Columbia makan nasi dua beranak.

Tengah-tengah syok makan nampak kelibat Dr. Rajesh lalu. Mak is kepoh terus tegur dan angkat tangan tanda bahasa. Sekonyong-konyong (macam ayat dalam kitab sekolah agama hahaha) datanglah Dr. Rajesh ke meja kami. Sempatlah berbual sekejap. Sekali Dr. Rajesh kata “Ok Hernee.. take care.. I have to go now.. my patient dah 9cm nak bersalin” Omaigod! tergamak kau Hernee ajak Dr. Rajesh berbual kahkahkah. Manalah tahu patient dia tengah nak bersalin ekekeke. Ingatkan dia tengah free.

Lepas makan kami pun berdezup balik sambil pick up barang Shaklee dari Salwa. On the way back, Syamil dah lalok ngantuk dan akhirnya tertidur. Hantar dia di rumah Opah dan Ummi bergegas masuk office. Itulah cerita kami pagi ni. Untuk yang tak tahu apa masalah hero kecil saya ni, doktor diagnosed Syamil mengalami masalah Pneumonia dan Bronchitis. Mohon kawan-kawan semua doakan kesihatan dia kembali seperti sedia kala ya. TQ Winking smile

13 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!