Update #7 – Last Day Ilham Syamil @ Columbia Asia Hospital

29/03/2017

28 Mac 2017

Rutin pagi jam 8am. Sebelum-sebelum tu kul 4am memang tidur kami pun diganggu la untuk neb 4 jam sekali. Budak muka pasrah bergenang air mata.

Lepas neb siap-suap mandi sebab nak buat physio. Mood tak baik meraung tak nak mandi. Marah Ummi buka seluar dan baju dia. Sudahnya redho je la Ummi tetap mandikan.

Kena buat percussion lepas tu suction. Dia nampak batang doktor sebelum nak buat physio dia terus cakap kat Ummi dia ngantuk hahaha. Bila sedut bahagian hidung masih banyak lagi lendir kahak. Petang kena repeat lagi. Dah lemah dah rasa masa tu. Dapat ke tak balik hari ni.

Balik bilik muka monyok. Ajak sarapan tak nak. Dapatlah masuk seketuk ayam je dalam perut tu. Sudahnya “nak uhuuu” dan terus tertidur. Babah sampai pun dia macam mamai. Dia cakap ngantuk terus sambung tidur semula.Sudahnya Babah Ummi join dia tidur sampai jiran sebelah Kak Aisyah discharge pun kami tak sedar. Alahai sedih pula rasa.. 6 hari dengan Kak Aisyah dan ibu dia. Kalau panjang umur jumpa lagi.

Lepas suction pukul 2.30pm muka monyok. Ajak Babah Ummi makan. Alhamdulillah gembira rasa hati Syamil nak makan. Lepas makan berhuhuhu la tiga beranak sambil menunggu doktor. Dr. Azhar sampai dalam pukul 6pm tak silapnya. Ummi ni bagaikan menunggu kata-kata keramat dari doktor. Bila doktor check dah tak ada bunyi pada paru-paru Adik Syamil rasa lega. Doktor kata “Ilham Syamil dah boleh balik”. Terus rasa legaaaaaaa yang amat. Alhamdulillah syukur.

Nampak tak muka girang Ummi tu. Tapi aduk Syamil apa pasal muka monyok. Ohhh dia nak ajak Babah jalan. Dia dah boring. Sebelum balik sempatlah beramah mesra dengan jiran baru katil sebelah Chinese family. Anaknya 3 tahun demam on off macam Adik Syamil.

Lebih kurang 2 jam juga menunggu urusan insurans. Budak kecil tu dah tak sabar nak balik. Unmi pun tak sabar dik nak tidur kat katil sendiri. Sakit badan tidur dalam katil kandang dua beranak hoii dengan Syamil yang jerap ngempeng sepanjang malam. Fuhhh nasib bekal Ostematrix hehe.

Alhamdulillah jam 8pm lebih dah settled semua. Bawa  Syamil jumpa nurses nak say goodbye and thanks. Nurse kata Syamil budak baik. Aamiin mudah-mudahan. Thanks Dr. Azhar dan semua nurse yang merawat Ilham Syamil ya. Semoga Allah berikan ganjaran pahala yang setimpal. Doakan Ilham Syamil sihat macam dulu. Sebelum tu 4/4 kena follow up dengan Dr. Azhar.

Dah masuk kereta perut dah berbunyi minta diisi walaupun petang dah isi hahaha. Ajak Babah ke Boat Noodle @ Teh O Ais 50 sen sekali sampai pintu dah tutup separuh. Eh malam ni malam Rabu daaaa. Kan tutup. Macam biasa Babah selalu baca isi hati Ummi hahaha. Nak makan mana ek? Dia jawab “shell out nak?” Ehemmm ehemmmm you read my mind lah Babah hahaha. Kebetulan Mommy Ngah call nak tanya dah sampai mana, sebabnya Abang Ilham ikut Mommy ke JPO. So ajak sekali isi perut.

Here we are! Favourite shellout restaurant mana lagi kalau bukan di Onboard Shellout Restaurant Taman Nusa Bayu. Syamil tak jak makan nasi pun jamah-jamah ketam jek. Mak yang makan lebih haha.

Anak-anak Ummi yang happy dapat kumpul semula. Walaupun 6 hari je rasa macam 60 hari hahaha. Kejap-kejap adik cari abang.. kejap-kejap abang call Ummi cakap dia sedih Ummi tak ada. Tapi yang sedap telinga Ummi dengar bila Babah kata abang pandai je bawa diri masa Ummi tak ada. Tak banyak ragam dengan Babah. Alhamdulillah. 

Hari ni Ummi cuti sehari lagi. Bagi hilang penat kejap. Esok masuk kerja semula. Walau tak buat apa kat hospital tu tapi penat le badan ni. Harap Syamil dan Babah terus sihat. Ummi pula kena sado sepanjang masa. Kalau mak-mak pun tak sihat nanti lumpuh isi rumah hehe.

Ok, tunggu ya nanti Ummi nak buat pengumuman pemenang Giveaway March by herneenazir.com.

Share this nice post:

6 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: