Update #2 -Ilham Syamil @ Columbia Asia Hospital

Bila nampak bayang Babah sampai je terus mood ceria. Tapi asyik tanya “ane amang.. nak amang..” Abang Ilham sebenarnya dah senang hatu pergi Thomas Town dengan Mommy Ngah. Tapi tak lama, tup-tup muncul dah kat hospital dengan Mommy Ngah dan Mama Cu.
Dalam pukul 2pm sesi physiotherapy kali kedua. Nurse suruh Adik Syamil banyakkan berjalan unuk mudahkan paru-paru dia mengembang dan menguncup.

Masuk treatment room, apa lagi meraunglah dia. Nasib baiklah hari ni hanya buat percussion. Ummi memang tak sanggup kalau nak menghadap masa buat suction. Tak sampai hati. Bila tengok x-ray film semalam memang banyak sangat radang pada paru-paru Syamil. Nafas pun bunyi kuat. Ya Allah harap-harap tak ada apa yang serius. 

Balik dari physiotherapy teruslah pesakit terbongkang tidur kepenatan dengan Ummi sekali terbongkang. Penat lenguh badan pesakit tak lalu makan jadi dia nak ngempeng je tu yang Ummi kena makan lebih ekekeke. Alasan. Tengah syok tidur kena kejut dengan nurse untuk neb. Sekejapa tu Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee pun sampai. “Amim.. Amim buat apa tu?” kata Mak Wee. Tapi Amim buat tak layan mood tak ok meradang kena kejut masa tengah syok tidur hehe.
TQ Mommy Ngah, Mama Cu, Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee datang menjengah Syamil.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!