Keyword “Pengalaman Bersalin Anak Meninggal”

18/03/2017

Semalam saya check di dashboard, bahagian Search Engine Term terjumpa orang mengoogle “Pengalaman Bersalin Anak Meninggal”. Mungkin encik/puan nak mencari sesiapa yang ada pengalaman bersalin anak meninggal atau still birth. Ya, saya salah seorang daripadanya.

Sedih? Haisyhhhh.. tipulah kalau tak sedih. Emak mana yang tak sayang anak. Tapi saya tak nak sedih lama sangat sebab saya tahu “Muhammad Ilham Syakir” sedang berbahagia di taman syurga.

IMG_20130627_122316_thumb

Solat jenazah untuk Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir. Babah kata dia sedih sebab solatkan jenazah anak sendiri. Ummi? Duduk termenung dihujung penjuru sambil memerhati tanpa setitis air mata sambil melayan Abang Ilham yang tertanya-tanya mana “adik baby”. Bertabahlah.

Boleh baca entri di bawah bagi yang tak pernah tahu cerita “Still Birth Muhammad Ilham Syakir”

Episod Kelahiran – Anak Syurga Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir {27 Jun 13}
still birth ilham syakir

Semoga kamu berbahagia di sana wahai anak syurga. Doakan Ummi, Babah, Abang Ilham dan Adik Syamil ke syurga. Kita berkumpul semula di sana. Ummi rindu saat-saat mengandungkan Syakir yang tak banyak ragam. Itulah hikmah yang Allah berikan untuk Ummi. Rupanya Allah takdirkan Ummi mengandungkan seorang ahli syurga. Subhanallah.

Saya juga ada kongsikan ceritanya di Majalah Ibu dan Anak keluaran Januari 2014. Bacalah dan selami hati seorang ibu yang diuji dengan dugaan anak. Jangan cepat mempersoalkan ujian Allah. Kerana semua manusia Allah uji dengan ujian yang berlainan. Redho dengan segala ujian dan bangkitlah dari kesedihan.

Kisah Kami Di Majalah Ibu & Anak Keluaran Januari 2014

Untuk encik/puan yang mencari info tentang “Pengalaman Bersalin Anak Meninggal” diharap entri dan pengalaman saya membantu encik dan puan. Kuatkan semangat kerana Allah perancang terbaik. Ada hikmah dalam setiap ujian yang diberikan. Be strong! Allah with us!

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: