Friday’s Lunch at Soul Thai Restaurant & Bistro, AEON Bukit Indah

1489727705364

Kemana kita hari ni? Mula-mula ada orang tu nak ajak makan di KOREAN BBQ beriya kata depan KFC dalam AEON Bukit Indah. Saya memang tak pernah makan di situ siap search status halal. Sampai-sampai sana sekali dah tinggal dinding je daaaa kahkahkah. Terus naik atas ke Soul Thai Restaurant & Bistro kita.

20170317_130505

Ini gambar yang ke berapa kali entah. Percubaan nak mendapat pose dan wajah yang ayu.

20170317_130602

Gambar ni walaupun mata Ummi Ilhams tengok kelain, tapi yang jadi fokus utama kenapa makcik tudung hitam tu berangan model cover majalah Her World eh? Kenapa? Apa masalah dia tu? Opppsss dialah cikgu BM yang suka jumpa typo dalam blog saya.

1489727938421

Kami bertiga, saya, Eqa dan DIla pilih menu yang sama Set Friday FR14 Tom Yum Seafood with Bee Hoon  free Ice Lemon Tea RM10.50.

1489727819198

Ice Lemon Tea dah sampai. Perghhhhhhh sejuk tekak. Makcik tu kenapa ek gitu? Marah makcik diver mungkin.

1489731682396

Ini menu kami Tom Yum Seafood with Bee Hoon  aduhai sedap sangat macam tak nak berhenti hirup kuah. Ini semua Dila punya pasal asyik hirup sampai jangkit kat akak. Sedap yang amat weh. Makan nak nangis dah la sedap tersedak pulak tu. Ini semua Nonie punya pasal hahaha. Semua salahkan orang. Padahal sendiri yang kepoh sangat makan sambil berbual sambil gelak-gelak. Eqa le ni buat lawak.

Ini kali kedua saya cuba menu yang sama. Dulu masa keluar lunch hari Jumaat dengan adik-adik makan menu ni juga. Tu yang rasa nak repeat lagi sebab dah lama sangat yang dulu tu hehehe.

1489731743397

Ini menu makcik Nonie. Tajuk tak perasanlah tadi. Sebab dia sorang je makan nasi jadi tak jeling pun menu dia. Masih lagi dalam set lunch bajet RM10.50 free air. Makcik Nonie ni veteran sikit makan nasi minum air kopi O sebab kata dia kalau minum Ice Lemon Tea banyak sangat nanti nak shishi. Hmmmmmm. Teori tak boleh pakai.

1489731800099

Pernah tengok lada terbang? Haaa itu ada 3 hiris lada terbang dek perbuatan si Makcik Nonie. Haisyhhhh Nonie.. Nonie.. ganasnya awak makan. Tengok macam akak makan sopan sampai kuah tomyam merecik kat tudung hahahah. Habis bertompok tudung grrrrrrrrr. Feeling sangat makan tomyam. Masa nak ke sinki basuh tangan, waiter kat situ tegur..

“Akak ni budak U ke?

Adoooomakkkkk. Terus akak rasa muda 10 tahun hahaha.

“Tak lah dik.. akak budak PTP”

Ehhh tersebut budak pulak.. padahal mak budak hahaha. Bila cerita dekat budak bertiga tu masing-masing tak dapat terima kenyataan lalu mereka mengatakan yang akak “Budak U.. ya Budak U-Turn” nampak tak? Diorang jeles dengan akak. Hahahaha marilah gelak ramai-ramai. Ok, dari atas sampai bawah akak cerita tu, sebenarnya point paling penting.. “Akak macam budak U”. Okbai.. selamat malam Smile with tongue out

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!