Gathering Santai Bersama Blogger Mia Dan Eda

13/03/2017

20170311_151536

Selamat pagi ya untuk semua. Nak cerita keterujaan hari Sabtu eceh. Semalam rumah saya dikunjungi dua orang blogger famous amous dari Johor hehehe. Mereka berdua ni antara geng kami dalam team JDT Blogger. Siapa lagi kalau bukan Kak Mialiana dan Eda Kisah Si Dairy.

Kak Mia, Sofea dan Makcik Kakak sampai dulu. Nasib baiklah Ummi Ilhams dah siap-siap masak. Belum siap mandi je hahahaha, Memang dah pesan awal-awal ajak makan di rumah kami. Saja berkongsi rezeki dengan tetamu. Menu yang kami hidangkan macam dalam entry semalam. Siap makan, solat smua jejak pukul 3pm masih tak mula lagi sesi menuntut ilmu. Almaklumlah Ummi Ilhams ni lama je berblogging tapi ilmu tak lah banyak mana. Saja minta Kak Mia tengokkan blog kita tu hehehe.

20170311_160306

Eda sampai je barulah mula membelek blog. Banyak lagi kena perbaiki blog saya ni. Nasiblah ada kawan-kawan yang tak lokek ilmu. Thanks korang. Really appreciate it. Blog saya selama ni memang ada masa kelaut tak berupdate, tapi bila semangat rajin tu datang memang laju jek hari-hari update. Itulah padan muka, dulu jadi silent reader blog Kak Mia dan Eda je, tak nak hai-hai. Kan dah rugi hehehe. Lepas belek-belek blog, tengok jam dah pukul 6pm. Kekonon nak ajak doang ronda Forest City, tapi apakan daya dah nak maghrib hehehe.

20170311_151804

Sementara mak-mak belek blog anak-anak dikawal oleh Makcik Kakak. Thanks Makcik Kakak Smile

20170311_183333

Jom makan sekali lagi sebelum diorang balik. Kena make sure tetamu betul-betul kenyang. Balik dah boleh tidur hehehe. Sorry Kak Mia dan Sofea kalau saya mensabotaj diet korang ehehehe.

20170311_190549

Thanks Eda sefamily yang sudi menyinggah padahal family time kot santai-santai kat AEON Bukit Indah tu. Kesian tetamu saya ni sampai sesat barat ke Forest City hahaha. Thanks Encik Ahmad dan Makcik yang sangat sporting dan Naura yang easy going tak kekok dengan semua orang hehehe.

20170311_191058

Thanks sesangat pada Kak Mia and family sudi datang dengan jayanya tanpa sesat barat hehe. Sorry ya Sofea, dua kali Ilham buli Sofea. Jangan serik tau datang rumah Aunty lagi. Harap-harap lepas ni Ilham tak buli Kakak Sofea lagi.

Alhamdulillah sesi menuntut ilmu berakhir dengan senyuman ecehhh. Apa saya perlu buat sekarang ialah teruskan berusaha memajukan blog saya ni. Semoga blog yang tak seberapa ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Selamat bertugas untuk yang bertugas hari ini, Ummi Ilhams bercuti. Tengah berkampung di Hospital Columbia Asia untuk follow up check up. Doakan Syamil terus sihat ya.

Share this nice post:

6 Comments

  • Mar

    13/03/2017 at 11:40 am

    jeles tau.. cantik rumah kak hernee..moga blog terus maju

    1. Hernee Nazir

      13/03/2017 at 1:42 pm

      thanks mar..mudah2an blog mar pun maju..sama2 kita membangunkan blog.. rumah tu 5 minit jek kemas..selebihnya serak..hahaha

  • Kisahsidairy

    13/03/2017 at 2:29 pm

    rasa macam sekejap je kan..Tak cukup masa yang ada nak menuntut ilmu tu..Ai belum pemes lagi ok..Blogger picisan yang tak ramai orang kenal..Teruskan usaha kita untuk menambah baik blog.Kalau dah minat,kena tanamkan azam untuk jadikan minat tu sebagai sumber pendapatan yang lebih baik..mana tau boleh jadi blogger sepenuh masa..itu impian saya..hehehe

    ~ Kisahsidairy~

    1. Hernee Nazir

      13/03/2017 at 3:21 pm

      heehehe bakal2 femes tu..memang betul x puas nak bertanya psl blog face to face..

  • maszull

    13/03/2017 at 9:12 pm

    assalamualaikum hernee….semoga terus maju jaya dlm berblogging…

    1. Hernee Nazir

      13/03/2017 at 10:20 pm

      waalaikumussalam.. ye mama thanks ya..untuk mama juga ya..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: