Assalamualaikum
Hari ni baru berkesempatan untuk pos entri Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1) yang telah kami adakan pada hari Sabtu, 4 Mac 2017 di Pusat Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK). Saya bahagikan kepada tiga entri sebab banyak gambar-gambar dan sayang kalau tak simpan dalam blog hehe.
Alhamdulillah majlis yang bermula di Dewan Ikhlas, berjalan lancar walaupun baru pertama kali kami bergabung tenaga sebagai satu kumpulan. Walaupun berbagai cabaran yang datang Allah permudahkan setiap urusan kami. Terima kasih pada Kak Mia, Mar dan juga Yaya yang meluangkan masa ke PKAYIK sehari sebelum program dijalankan.
Syukur sangat-sangat kerana kami telah berjaya mengumpulkan wang sumbangan dan juga keperluan harian untuk anak-anak yatim di sini. Terima kasih kepada semua dermawan yang budiman, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.
Inilah emcee of the day pada hari kejadin, Cik Uyul Rosli. Thanks Uyul, pandai Uyul berkomunikasi dengan adik-adik PKAYIK. Calon ibu mithali ni hehehe.
Barisan nenek dan mak-mak yang berposing sakan sebeum program hehe. Dari kiri Mama Maszull, Eda, Ju, Kak Mia dan Hernee.
Ehhh ehhhh.. dua orang ummi ni bukan main lagi wefie.. mentang-mentang anak masing-masing belum sampai hehehe.
Di sebelah kiri stage puteri-puteri PKAYIK dan barisan team JDT Blogger.
Di sebelah kanan stage pula, barisan putera-putera PKAYIK.
Bersama blogger Mar dan puteri sulong beliau, Cik Aisyah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Izzudin Khalidi. Seterusnya penerangan secara ringkas tentang kewujudan JDT Blogger dan seterusnya sesi suai kenal bersama putera puteri PKAYIK. Kakak-kakak blogger (ehhh kakak eh? bukan makcik-makcik? ) pun diminta untuk memperkenalkan diri. Syok sebab semua sporting lepas kenal-kenal dia buat.
Sebelum bermulanya gotong-royong, putera puteri PKAYIK dan team JDT Blogger diminta berkumpul di dataran untuk pembahagian kumpulan. Empat kawasan yang terlibat kawasan surau, luar pejabat, dorm putera dan dorm puteri.
Kita posing ramai-ramai gambar kenangan. Orang yang sama pose yang berbeza hehehe. Adik-adik ni semua memang sporting.
Saya dan blogger Wawa Ashihara ditugaskan untuk bergotong-royong di Dorm Putera. Kalau ikut plan rasanya gotong-royong di luar kawasan dorm putera, tapi rasanya kami dah terlebih rajin kemas dalam dorm sekali hehe.
Dorm putera PKAYIK.
Posing dengan Kak Wawa dulu.
Lepas tu posing dengan Kak Hernee.. eh Aunty Hernee. Baru kita buat kerja sama-sama.
Adik-adik ni dibahagikan kepada dua kumpulan satu team cuci toilet. Syok layan bebudak ni memberus toilet. Buat sama-sama baru namanya gotong-royong ye tak hehe.
Satu team lagi dengan Kak Wawa kemas dorm dapu sampah, mop lantai dan lap tingkap.
Tengah-tengah bergotong-royong dapat call dari Babah Ilhams. Ohhhh my heroes dah sampai. Jumpa diorang kat bawah kejap. Ajak Abang Ilham naik ke dorm dan perkenalkan dengan abang-abang PKAYIK. Ilham sedih bila Ummi kata abang-abang ni ada yang tak ada ibu tak ada ayah.
Bila Ummi skodeng ke luar napak Babah and The Ilhams tengah beramah mesra dengan adik-adik PKAYIK. The Ilhams dapat abang angkat hehehe.
Tengok tu dah ada yang melekat dah hehehe. Alhamdulillah, Ilham ni kalau suka dengan orang dia akan melekat je dengan orang tu hehehe, Ummi harap anak-anak Ummi dapat belajar sesuatu di PKAYIK walaupun korang belum faham sepenuhnya.
Alhamdulillah, selesai sesi gotong-royong lebih kurang jam 10.30 pagi dan adik-adik PKAYIK diberi waktu rehat sebelum acara seterusnya.. Sebenarnya saya dilantik menjadi runner sepanjang program. Apa ugas runner? Jaga timing sepanjang program supaya tak lari dari apa yang dirancang. Tapi saya tak pastilah saya dah jalankan tugas saya dengan betul atau tak. Harap team JDT Blogger berpuas hati. Minta maaf terlebih terkurang ya.
Ok kita sambung sesi kedua iaitu Sesi Penyerahan Sumbangan Orang Ramai di entri seterusnya.
Jemput baca entri berkaitan Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1)
1) Live Update Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1)
of course sudah jalankan dengan baik….
good runner and bendahari..hehehe~
Thanks kak ! tahniahh !
ure welcome nona..thanks to you too..walau kereta problem sampai juga nona..
Bagusnya blogger JDT! Teruskan usaha murni dan kerja2 amal macamni. Good job, blogger bukan sekadar menulis sahaja kan? ?
tq cikgu..hehehe..ye betul bukan sekadar menulis..hidup untuk menabur bakti sebagai bekalan di sana nanti..
Macam2 pengalaman dapat kat sana. Rindu moments tu semua
kann eda.. ilham ni tengok gambar cakap saya nak abang datang rumah nak ajak main kad boboiboy hahaha..tak jadi mak nak feeling sedih..
bestnya buat aktiviti mcm ni
alhamdulillah airah.. best sesangat..byk pengalaman..
Alhamdulillah..majlis telah berjalan dengan lancar..
terima kasih kak hernee selaku bendahari dan runner majlis..terbaik
alhamdulillah..thanks juga untuk mar..banyak sgt membantu..tanpa usaha kita semua tak berjaya..
Pingback: Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1) | Sesi Penyerahan Sumbangan Orang Ramai | herneenazir[dot]com
ehhh ehhhhh. cantiknya emcee of the day. hahaha
JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
hmmm..hmmmm..nak gi toilet..muntah jap..
assalamualaikum hernee… rindu sangat masa ni….semuanya kelihatan hepi sgt…:)
** Mama Maszull