Pertama Kali Menggunakan Perkhidmatan NoelGifts ?

Blogger Review

Tahun ni rasa macam nak buat surprise kat babah ilhams untuk birthday 9/2. Fikir punya fikir apa sursprise nak buat ya. Pagi 8/2 ummi pun terus buka website Noel Gifts. Pertama kali ni gunakan perkhidmatan NoelGifts ni. Jeng3. Meh la kita surprisekan babah dengan menghantar kiriman sejambak ferero rocher gitu.

Siap2 order, dapat call dari customer service Noel. Ummi terlupa yang 9/2 tu Thaipusam day aka public holiday. Mula2 CS Noel tu kata ok je boleh buat delivery on Thursday tapi tambahan RM30 untuk public holiday charges. Sekali dia call lagi driver not available on Thursday. Bolrh je kalau dia nak hantar hari Rabu tu. Fikir punya fikir boleh je la. Kalau Jumaat macam tak best pula dah terlepas sehari. Delivery time ummi suruh hantar after lunch before 8pm dan hantar ke office babah. Pesan lagi jangan bagi warna pink nanti husband akak muntah hijau kahkahkah.

Dalam hati berdebar juga macamana driver ni nak bagi nanti ek. Babah tak sebangunan dengan ummi. Ummi pula bagi alamat Wisma PTP. Takut driver tu susah nak cari office babah. Lunch hour tak tanya pun babah, busy ke tak petang tu. Nanti terkantoi la kan dah tak surprise. Pesan dah dengan CS Noel tu kalau sesat call akak dulu hehe.

Tup2 pukul 4pm lebih ada misscall dari babah. Tapi ummi tak dengar sebab handphone silent lagi pun tengah ada discussion dengan boss. Tengok handphone babah bagi whatsapp cakap thanks hehehe. Dah faham la tu dah sampai la surprise tu maknanya.

Taraaaaa. Tak nak pink ingat dia bagi merah rupanya hitam putih krim gitu. Oklah tu babah kata dia suka. Ummi kata nampak ekskusif sama dengan tema rumah kita black and white ekekeke. Ummi tengok sayang nak makan hehe. Biarlah babah yang makan dia suka coklat tu. Kalau Ummi makan nanti buruk siku kui3.

Thanks lah Noel Gifts. Service memang pantas. Harga tak payah la reveal nanti kantoi dengan babah hehehe. Uolls yang kering idea bolehlah cuba service Noel Gifts ni ya.

p/s tuan punya badan yang dapat surprise relax2 je.. ummi je yang over sebab saja nak review service Noel Gifts ni hehehe. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!