Hari ni plan nak ke bank waktu rehat. Memang dah tahu geng2 makan kata tak dapat keluar makan sama2. Sekali dah tengahari baru ingat, mana ada kereta daaaa. Kan pagi tadi babah hantar pergi kerja. Aduiiyaii.
Malas nak ke Cafe Cengkih, jadi kita carilah western food tengahari ni di Cafe Belanga bersama Kak Leen. Mana lokasi cafe ni? Di Wisma Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) je. Kalau uolls bukan staff pun boleh je nak makan kat sini. Tak perlu apply pass masuk port ke apa. Nak bantuan saya untuk ke sini boleh je, tapi belanja saya makan jugalah ekeke.
Ummi makan Belanga Rodeo Beef Burger Rm14.90 dan ice lemon tea RM2. Not bad sedap je. Tapi memang jarang la makan kat sini. Lebih rajin jalan kaki hari2 ke Cafe Cengkih kat belakang nun mencari nasi campur. Kat sini pun ada nasi campur tapi tak menepati citarasa ummi ilhams ekeke.
Kak Leen pula makan Pepperoni Pizza RM15.90 dan soya ice RM1.60. Dia bagi satu slice untuk ummi rasa. Sedap juga, segar bugar capsicumnya tu hehe.
Lepas makan ni mata berat gila hoi. Rasanya dalam burger tadi tu ada ubat tidur la. Jangan kecam ummi ilhams asyik post gambar makanan je. Memang dah lama postponed diet ekeke. Tapi aerobik maintain tau kuang3.
Ok, untuk geng2 makan jumaat.. sila jangan meleleh air liur. Next week projek JJCM kita teruskan lagi ya hehe.