Ilham Syamil Turns 2! 731 Days of Breastfeeding.. Alhamdulillah..

27/01/2017

alhamdulillah syukur hari ni genap 2 tahun usia hero kecil ummi, Muhammad Ilham Syamil. bermakna tercapai juga niat ummi nak susukan syamil selama 2 tahun. walau macam2 dugaan alhamdulillah Allah permudahkan juga kita mengharunginya bersama. ecewahhhh. sekejap je dah 2 tahun, rasa masa baru start day 1 tu lama sangat lagi nak capai target 2 tahun. cepatnya adik besar. jangan besar cepat sangat dik ummi rindu bau manis adik tu ha.

teringat lagi kenangan ummi tinggalkan adik di usia 6 bulan masa ke China dulu. fuhhh Allah je yang tahu perasaan ummi tu dik. kecil besar hati ummi tinggalkan adik dengan stok susu yang ada. sampai ke tahap tak cukup susu, nasib baik ummi adeebaathif ada. rezeki adik, dapat ibu susuan. ingat tau jasa ummi adeebaathif pada adik. ingat hubungan adik dengan abang2 adik tu. terima kasih beribu2 lemon untuk ummi adeebaathif.

beberapa hari sebelum masuk 2 tahun ni, demam pulak si kecil ni. jangkit dari abang la tu kan. ummi doakan adik cepat sihat. ummi pun dah sotset2 ni. mudah2an adik jadi anak yang soleh, penyejuk mata penenang hati ummi babah. pagi tadi awal dia kejut ummi bangun. pukul 5am kejut nak susu lepas dia kata dia yak. lepas yak dia asyik membebel sesorang sambil main kad boboiboy abang ilham. lepas tu dia suruh babah dengan ummi solat hehe. 

sekarang ni mulut makin becok. apa abang cakap semua dia copy dan ajuk semula. abang buat homework dia pun sibuk juga nak menulis. sorang lagi si tangan kidal in d houseeee hehe. 

ini sijil PhD in Breastfeeding untuk ummi dan syamil yeay! hehe saja suka2 sijil dari zaman abang ilham ummi edit je. buat pemberi semangat untuk meneruskan perjuangan menyusukan anak2 dengan susu ibu. alhamdulillah dah double PhD dah ummi hehe. uolls pun boleh capai juga target ni insha Allah. 

nak menyusukan anak sepenuhhya dengan susu ibu ni bukan mudah. ya bukan mudah lagi2 untuk ibu2 yang berkerjaya. tapi ianya tidak mustahil jika kita betul2 bersedia dengan ilmu di dada. ibu2 yang tak mampu menyusukan anak dengan susu ibu tidak bermakna anda ibu yang gagal. kita semua nak bagi yang terbaik untuk anak2. mungkin kekangan masalah kesihatan membantutkan usaha murni ibu2. jangan bersedih masih boleh lagi di cuba untuk anak2 akan datang. niat, usaha, doa banyak2 mudah2a  Allah kurniakan kita rezeki susu yang mencukupi untuk keperluan anak kita. tak perlu stok susu yang berfreezer2 berkoyan untuk berjaya menyusukan anak selama 2 tahun. jangan risau rezeki susu tu cukup. yakinlah.

sekali lagi alhamdulillah. thanks untuk babah ilhams yang sentiasa menyokong penyusuan susu ibu. thanks kawan2 seperjuangan yang support penyusuan susu ibu. untuk syamil jom teruskan lagi sesi menyusu selagi rezeki ada dan selagi belum ada pentanda syamil nak dapat adik baby ekeke 

untuk ibu2 yang ada masalah penyusuan boleh hubungi saya tak kira di mana anda berada. boleh whatsapp saya ya. insha Allah saya bantu.

Share this nice post:

1 Comments

  • suriahuszaini

    26/07/2018 at 4:38 pm

    salam macam mana ye nak dapat kan sijil mcm tu..just untuk buat kenanGan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: