Product Review | Serunding Halia Nina Bukan Sekadar Menu Berpantang

Products Review

1474339990294

i’m in love with serunding halia nina woihhh.
seriously sangat2. mula2 macam teragak2 nak beli.
tapi rasa nak cuba juga, beli 2 packs 1 untuk saya 1 lagi bagi bakal mak tang. hehehe.
ooo pembuatnya ex-classmate saya masa study BCA UiTM Melaka.

1474339724685

sadis juga cerita nak mendapatkan serunding halia ni.
hmmmm.. pos laju buat perangai.
ada ke patut dekat seminggu tak dapat2 serunding.
bila check rupanya dia hantar ke sundar.
entah sundar mana entah. rasanya sepupu bahadur ni Smile with tongue out


zahid tolong check, orang pos laju kata dia deliver ke sundar guard ptp.
aiyoooyoooo ptp tak ada guard, kitorang ada polis jek hehehe.

nak dijadikan cerita, masa saya nak ke wharf.
ternampak van pos laju parking tepi bangunan office.
akak kepochi ni pun pergilah bertanya mana parcel akak tak sampai2.
budak tu terus tanya
“nama akak siapa?”
“hernee”
”haaa ni barang akak.. saya salah hantar, saya hantar ke pak guard hostel depan tu.”
”lerrrr.. tu lah akak tunggu tak sampai2”
”nasib baik akak ni tak sombong.. nak bertanya..”
”terima kasih la bebanyak..”

akak ni memang kepochi dik.
barang akak haruslah akak kepochi kan hahahaha.
itulah sejarah saya bersama serunding halia nina.

20160918_173124

balik rumah tak sabar nak merasa.
sekali cekut masuk mulut.. ehhhhh sedapnya.
eh tak cukup sekali.. bahaya la serunding halia ni.
try pekena dengan nasi panas.. eh lagi bahaya lah bertambah senduk hoiii.
sampai sudah bila ke dapur asyiklah meratah sikit2.
bila tengok dah surut.. cepat2 order kali kedua.
kali ni beli 2 bungkus terus yeeeeehaaaaaaa.
memang sedap panas pijar2 sikit.
lepas tu rasa masin manis ikan bilis krup krap.
sedap buat lauk sedap diratah begitu sahaja hehehe.
eh try la uolls. boleh contact kawan saya tu.

puan zahidah – 019-7572033
facebook –
Zahidah Mohd Seran

Related Posts

One thought on “Product Review | Serunding Halia Nina Bukan Sekadar Menu Berpantang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!