#Raya2016 | Turn Raya Batu Pahat :)

Family In Law Hari Raya Aidilfitri

alhamdulillah tahun ke 8 beraya sebagai suami isteri.
so far memang tak ada istilah berebut turn ke apa.
lagi pun bukanlah jauh sangat rumah mertua saya tu kan.
memang setiap tahun bergilir2 turn raya kami.
dan tahun ni of course turn babah ilhams beraya dulu dengan family dia.
ummi follow jek. keluarga babah keluarga ummi juga.

rezeki babah dapat cuti seminggu termasuk off day.
jadi ummi pun follow lah ambil cuti sama.
isnin 2 hari sebelum raya kami dah berangkat balik kampung.
lagak gayanya macam kampung babah tu dekat perlis hahaha.
padahal sejam lebih je dah sampai parit jabar, senggarang tu.

IMG_20160704_161102

nampak tak betapa gumbiranya cik abang saya tu dapat balik kampung dia.
lepas zohor kami gerak balik. syamil dapat upah terus selamat belayar.
abang ilham babah bagi peluang main game kat henpon babah.
maka senyaplah dia kat belakang tanpa komplen.
cuma asyik soal bila nak sampai rumah atok.
padahal babah baru drive sampai pekan gelang patah.
pekan nenas pun tak jejak lagi hahahaha.

sampai senggarang, kita singgah salleh foods dulu.
macam biasa baru nak beli kuih raya hehehe.
beli tak banyak pun.. kerepek ubi pedas, popiah, kerepek padoga dan cookies 2 jenis.
selain tu memang dah ada tart nenas beli dengan ibu oja dan favourite cookies ummi beli dengan ummi aien.
jadilah banyak2 pun kang tak habis membazir je.

IMG_20160705_173912

budak kecil ni sangat happy bila sampai rumah atok.
sibuk juga nak main dengan orang2 besar.
awak tu kecil lagi dik.. jangan nak berangan sangat hehehe.

IMG_20160705_172135

biarkan jek dia merayau tepi kaki lima rumah atok.
sukalah dapat bebas.

IMG_20160705_172229

abang dia jangan ditanya.
tak reti duduk diam.. lagi2 dah ramai sepupu lain balik.
musuh utama abang kimi. sekejap baik sekejap gaduh.
biasalah budak2 kan. nak marah pun tak jadi.
nak gelak lagi ada lah.
time baik amboiiii caring loving gitu..
”ilhammmmm.. tengok lalat ni kacau saya” kata abang kimi.
sampai lalat nak kacau pun ngadu dengan ilham hahahaha.
seminit lepas tu terus “saya tak nak kawan awak”
hahahaha anak2.. gasaklah. masing2 nak mempertahankan hak sendiri.
harap2 dah besar nanti ilham dan abang kimi jadi best cousin ok.
kecil2 ni biasalah.. ciptalah kenangan puas2 nanti dah besar gaduh2 pun dah tak comel.

ok nanti kita tengok gambar dorang main bunga api sama2.
psttttttttt.. adik syamil pun boleh tahan berani tau.. excited main bunga api.

stay tuned!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!