Resipi Popia Sayur Cicah Homemade Sos Cili Thai

Dari Dapur Hernee Nazir

Resipi Popia Sayur Cicah Homemade Sos Cili Thai

1465729325795

sambungan menu hari ke 7, popia sayur cicah homemade sos cili thai.
popia sayur ummi ilhams ni ala kadar jek.
janji lepas rasa teringin tu kan.
kalau bulan puasa mesti nak makan popia.
kenapa ek? hahaha.
bahan2 memang dah standby awal.
nak menjimatkan masa, balik kerja terus ke dapur.

bahan2:

kulit popia seplastik – tapi guna 15 keping je kahkahkah
tauge
carrot – hiris halus
ikan bilis – tumbuk
bawang besar/ putih kisar
tepung & air – untuk jadikan gam (gam kata kooooo)

cara2:

tumiskan bawang2 blender dan ikan bilis sampai naik bau.
masukkan taugeh & carrot. biar masak sekejap dan tutup api.
asingkan kulit popia sehelai demi sehelai.
bubuh inti taugeh & carrot tadi atas kulit popia.
lipat macam rupa popia ngeh2.
bila dah sampai hujung sila bubuh adunan tepung aka gam tadi.
taraaaaaa.. siap seketul sambil syamil merengek kat sebelah.
gulung2 dapatlah 15 ketul popia sayur.
alhamdulillah cukuplah makan 3 beranak.
ummi, babah, syamil jek yang bedal popia.
abang ilham macam biasalah mana layan kecuali donut.
popi sayur ni dicicah dengan homemade sos cili thai.
memang buat lebih hari tu, balance simpan dalam peti sejuk.
alhamdulillah elok lagi kejadiannya.
cuma panaskan sekejap jek bagi fresh sikit.

untuk resepi homemade sos cili thai boleh refer sini
~ Resepi Homemade Sos Cili Thai ~

tetiba hari ni macam nak buat popia cheese crab. hehehe.
tapi macam nak buat sambal goreng jawa juga.
eh macam2 lah tekak ni.. semua nak.
hmmm tunggu je lah update nanti ye ekeke.

ok, babai!

xoxo,
Ummi Ilhams

JOM LIKE PAGE >> HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!