sambungan entry raya..
kunjungan ke rumah pertama.. rumah tok busu..
Beraya Di Rumah Tok Busu
sampai2 je parking syamil atas sofa dulu sebab tengah syok sangat tidur.
tok ayah pun sempat melentok..baru satu rumah beraya. hahaha.
papa cu berbual dengan tok busu hashim.
ni tok busu minah. adik kepada allahyarham tok abah saya.
the one and only nenek sedara yang ada.
sementara ilham syamil tidur ummi sempatlah menjamah juadah raya tok busu.
tak sah kalau tak makan masakan tok busu dan mak yati.
teringat2 pulak sambal paru goreng yang sedap tu.
sekali dah bangun daaa budak kecik ni. nenek tolong jaga kejap ye.
pak lang yus. anak tok busu kawan sepermainan dulu2 hahaha.
tak dapat jumpa mak sal sebab tahun ni turn dia beraya di mersing.
sempatlah kami bergambar beramai2 buat2 kenangan.
mana tahu tak berjumpa lagi syawal tahun depan.
sebelum kami balik dan beraya ke rumah mak anjang, sempatlah jumpa rombongan anak2 mok de.
biasanya kami bersaing ramai2 tahun ni kami dah terjalan dulu pulak hehe.
nampak.. dia berangan bujang kat luar sesorang hahaha.
ok dah jangan tenung lama2 nanti jatuh chenta kali ke 100 kat babah ilham ngeh3.
ok next rumah..
Beraya Di Rumah Mak Anjang
memang inilah route nya.
lepas rumah tok busu mesti rumah mak anjang.
kat rumah mak anjang melantak buah pulasan dan kuih raya je sebab perut dah penuh.
tak mampu dah nak makan ketupat segala. beriya sangat makan kat rumah tok busu.
lepas makan lepak2 sambil berbual sambil menunggu kaum2 adam balik dari solat jumaat.
syamil sebelum tertidur.
mak wee pun sebelum tidur kepenatan.
syok berbual sambil makan kuih raya.
pak aid dan pak aib yang rajin meriba syamil.
mak wee srruender. ilham dan syamil pun dah tergolek tidur.
sembang2 orang lelaki kat beranda.
gambar2 raya secara formal. hehehe.
ummi ilham pun nak posing sesorang juga hehehe.
floral jubah dan maggie shawl size XL by cala qisya.
next rumah.
Beraya Di Rumah Mok De
kat rumah mok de kebetulan tok cik man abang tok busu pun sampai.
jadi bertambah riuh rendah lah rumah mokde.
hari hujan tak sempat suruh babah keluarkan kamera dia.
jadi gunalah kamera henpon je.
sempat menjamah daging kambing masak kurma.
yummeh.. well i kan peminat tegar kambing hehehe.
next.. balik rumah sebab dah kepenatan.
pung pang pung pang baru 3 rumah je kot beraya.
tapi penat macam hapa.
sampai rumah kita togelkan si kecik ni.
kesian dia kepanasan.
terpaksa redho pakai baju melayu complete kain samping dri pagi bawa ke petang.
syamil is redho hahahaha.
syamil buat aksi percubaan mensabotaj tudung ummi hahaha.
petang tu kami terbongkang tidur.
dalam pukul 4 lebih tetamu pertama menjengah rumah.
cuba teka siapa? hahaha
tengok gigi agak2 boleh teka tak?
hahahaha. mak2 buat perangai.
dialah BFF ummi ilham.
dulu blogger tegar gak tapi sekarang dah pencen.
blog dia pun dah kena hack hahahaha.
memacam riuh rendah rumah dengan insiden kepala qal terselit kat kerusi lah.
hahahaha. bila dah reramai gitulah macam2 hal anak2 ni.
malam kami sambung beraya ke rumah mak andak pulak.
”ok ummi.. adik dah siap. jom kita beraya”
adik pakai baju melayu pertama abang ilham.
recycle.. recycle.. jimat belanja! 😉
Beraya Di Rumah Mak Andak
sambung raya lagi weh.
selagi sempat jom kita beraya.
esok babah dah kerja raya kedua kita akan terperuk 3 beranak kat rumah.
jadi gunakanlah masa yang ada ni ye anak2.
lepas kekenyangan makan nasi lauk asam pedas ikan merah ke ikan unga lupa pulak.
sayur kacang berudang besar2, marilah kita makan kuih raya pulak.
meh wefie anak beranak.
suka adik kan berkepit je dengan ummi.
wefie dengan abang ilham pulak.
syamil tengah diagah nenek.
entah apa la tu mengekek2 lawak sangat agaknya.
pukul 11 lebih kot baru kami bergerak balik dari kangkar pulai ke gelang patah.
memang penatlah beraya ni tapi seronokkan setahun sekali jek kot.
ok sambung entry raya dengan sesi beraya dengan family babah ilham pulak.
stay tuned!
😉