Apa Warna Tema Baju Raya Uolls?

15/07/2015

ecehhhhh.. semangat betul nak beraya. sibuk pulak tanya warna tema baju raya orang kan hehehe. raya aidilfitri tahun ni kami beraya di desa paya mengkuang dulu. sebab babah kena kerja raya kedua dan ketiga. jadi raya ketiga atau keempat baru kami balik senggarang, batu pahat.

apa warna tema baju raya kami?
hmmm.. ikutkan babah ilham, dia kata nak pakai baju melayu tahun lepas je. sejak kahwin tiap2 tahun tukar baju melayu kan.. jadi dia ala2 tak nak membazir. ummi dah terpengaruh dengan warna pilihan mama cu. navy blue.

navy-blue-food-colouring

haaaaaa ini warnanya. blue black ye juga kot. alah hentam sajalah labu. jadi biru gelap. alhamdulillah pencarian baju melayu warna ni dipermudahkan. dulu kena cari 2 pasang je sekarang bertambah jadi 3 pasang. jumpa kat jakel sap sup sap terus beli. baju ummi pulak of course nursing/wudhu’ friendly jubah dari cala qisya. gambar tunggulah hari raya pertama nanti ye. surprise tak surprise sangatlah kan. ehhh.. babah ni tak ada ke plan nak berphotoshoot raya ek? first time beraya berempat. hmmmm kena hasut babah la gini hehehe.

so, apa warna tema raya uolls? 😉

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: