Majlis Iftar Amal 2015 Kelab Sokongan Penyususan Susu Ibu Johor Bahru

IMG-20150610-WA0040

11109254_1660876300808025_4691907679095337879_n

Tarikh/Hari/Masa : 26 Jun 2015 (Jumaat)
Masa: 5.00pm – 8.30pm.
Lokasi : Restoran Asam Pedas & BBQ, Jalan Pendidikan 5,
Taman Universiti, 81300 Johor Bahru.
Bayaran : RM25/pax. Kanak-kanak PERCUMA.

Untuk mendaftar penyertaan / menyumbang ke Tabung Kasih Ramadhan, mohon isikan borang di sini :
http://kelabsusuibujohor.com/mia2015

Bayaran/sumbangan boleh dibuat atas nama :

KELAB SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU JOHOR BAHRU
NO AKAUN : 551137507754 (MAYBANK)
Email : bendaharikelab@gmail.com
(WAJIB DINYATAKAN MELALUI ONLINE BANKING)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
PN JENIDAWATY BINTI JAMLUS : PENGARAH PROGRAM (TEL/WHATSAPP : 018 ­ 766 3175)
PN SALWA ABDUL KOHAR : TIMBALAN PENGARAH PROGRAM (TEL/WHATSAPP : 018 ­ 660 0042)

‪#‎MIA2015‬

===========================================================

Sepatah dua kata dari Puan Pengerusi KSPSIJB

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum/Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua ahli-ahli KSPSIJB yang dihormati sekalian,

Seperti mana yang kita sedia maklum, KSPSIJB akan menganjurkan Majlis Iftar Amal 2015 (MIA2015) pada 26 Jun 2015 nanti di Restoran Asam Pedas & BBQ, Taman Universiti, JB. Untuk makluman semua, majlis iftar merupakan aktiviti tahunan KSPSIJB dan MIA2015 merupakan kali ke-3 yang kelab kita anjurkan. Matlamat utama majlis iftar tahunan KSPSIJB adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli kelab dan ahli keluarga masing-masing dengan berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama.

Alhamdulillah, majlis Iftar kali pertama dan kali ke-2 yang telah kita anjurkan sebelum ini berjaya mencapai matlamatnya di dalam usaha merapatkan ukhwah di kalangan ahli-ahli. Untuk kali yang ke-3 ini, program MIA2015 telah dirangka oleh Jawatankuasa Kecil MIA2015 (JKKMIA2015) untuk mencapai matlamat yang sama. Namun begitu, terdapat sedikit kelainan untuk aktiviti tahun ke-3 ini di mana, majlis iftar kelab akan disertai dengan majlis serahan sumbangan kepada 4 pusat kebajikan terpilih iaitu Rumah Perlindungan Baitus Solehah, Rumah Anak­anak Yatim dan Ibu Tunggal Raudhatul Maryam, Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah dan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah. Selain itu juga sumbangan akan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan anak yatim yang akan dikenalpasti secara individu oleh JKKMIA2015.

Untuk menjayakan misinya, JKKMIA2015 kini sedang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk MIA2015. Antara gerak kerja yang giat dilakukan adalah penjualan tiket majlis iftar amal yang berharga RM25 seorang dewasa. Untuk RM25 yang dipungut ini, RM20 akan dibayar kepada Restoran Asam Pedas & BBQ manakala RM5 lagi adalah untuk doorgift. InsyaAllah, harga tiket yang ditetapkan adalah berbaloi dengan lokasi dan menu juadah berbuka yang bakal disediakan nanti.

Selain penjualan tiket, JKKMIA2015 juga sedang bertungkus-lumus untuk mengutip sejumlah dana untuk disumbangkan kepada pihak yang memerlukan seperti mana yang saya senaraikan di atas. Sejumlah RM2,500 telah disasarkan untuk dikutip daripada sumber penajaan dan sumbangan ikhlas orang awam. RM2,500 adalah sasaran minimum yang ditetapkan. InsyaAllah, berkat usaha dan niat murni kita, sasaran ini boleh dicapai malah diharapkan jumlah kutipan melebihi angka yang disasarkan.

Angka RM2,500 ini jika kita lihat merupakan angka yang agak besar. Namun begitu, jika kita lihat kepada jumlah ahli KSPSIJB yang berdaftar sehingga hari ini, terdapat lebih 100 orang. Jika setiap ahli membuat sumbangan peribadi atas niat sedekah jariah minimum RM20 seorang, maka kita akan berjaya mengumpulkan hampir RM2,000. Ini bermakna, sumbangan peribadi di kalangan ahli kita sahaja insyaAllah dapat meringankan beban mereka yang telah kita sasarkan untuk bantu pada MIA2015.

Selain dana wang tunai yang perlu dikumpulkan, JKKMIA2015 juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan seperti door gift, cenderahati untuk cabutan bertuah dan lain-lain bentuk sumbangan yang berkaitan untuk memastikan kelancaran MIA2015 ini. Oleh yang demikian, saya, selaku Pengerusi KSPSIJB ingin menyeru kepada semua di sini jika dapat memberi sokongan penuh kepada MIA2015 dengan menyertai kami pada 26 Jun 2015 nanti. Boleh bawa ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai untuk turut serta bersama kami. Mohon kerjasama semua juga untuk turut sama-sama promosikan jualan tiket untuk MIA2015 ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ikhsan anda semua jika dapat sama-sama menyumbang ke Tabung Amal Kasih Ramadhan MIA2015.

Sumbangan boleh dibuat atas nama :
KELAB SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU JOHOR BAHRU
NO AKAUN : 551137507754 (MAYBANK)
Email :
bendaharikelab@gmail.com (WAJIB DINYATAKAN MELALUI ONLINE BANKING)

Untuk mendaftar dan pertanyaan lanjut mengenai sumbangan dan penajaan, mohon hubungi :
PN JENIDAWATY BINTI JAMLUS : PENGARAH PROGRAM (TEL/WHATSAPP : 018-7663175)
PN SALWA ABDUL KOHAR : TIMBALAN PENGARAH PROGRAM (TEL/WHATSAPP : 018-6600042)

Semoga kerjasama dan keprihatinan anda semua mendapat ganjaran yang besar di sisiNya terutamanya di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. InsyaAllah.

“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan . . . . .
Kecuali ia bertambah … bertambah … bertambah …” (HR At­Tirmidzi)

Yang benar,
Noorul Syahadah binti Isam
Pengerusi
Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *